DIKENAKAN 7 PERTUDUHAN DAN ELAUN TERBANG RM4000 SEBULAN BAKAL DITARIK BALIK
Assalam kepada semua rakan-rakan sekalian. Perkembangan terkini kes saya;
Pada hari Jumaat lepas 12 Jul 2013 saya telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72).
5 pertuduhan pertama adalah bersangkutan Seksyen 50(2) AAT 72 manakala 2 pertuduhan berikutnya adalah bersangkutan dengan Seksyen 51 AAT 72.
Seksyen 50(2) menyatakan "Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta: Dengan syarat jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun."
Seksyen 51(1) menyatakan " Tiap-tiap orang yang tertakhluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.”
Rakan saya Flight Sarjan Jamal bin Ibrahim pula dikenakan 2 pertuduhan. Beliau akan dibicarakan terus oleh Komander pangkalan dan dijangka akan mengaku salah.
Berkenaan dengan elaun penerbangan RM4000 sebulan pula, perintah sedia ada TUDM menyatakan bahwa mana-mana juruterbang yang didakwa samada di mahkamah awam atau syariah atau dipertuduhkan dibawah AAT 72, elaun akan ditarik balik bermula dari hari beliau di dakwa.
Sekian, buat sementara. Hasbiyallahu wani’qmal wakeel “Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Rezeki”. Wassalam dari saudaramu yang dizalimi.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
8 comments:
Allah Berpihak kepada orang sabar
Dicadangkan anda mengambil peguam awam. Jangan sekali2 mengambil peguam
dari ATM. Pengalaman Mahkamah Tentera
melibatkan anggota tukang masak tidak
lama dulu menjadi pengajaran.
cari aja bomoh.. kaki kaki jilat patut di ajar sebab bodoh dalam kebebasan dan keadilan.
berkatalah benar walau pun ada pihak yang tak suka dengar.diakhirat nanti semua akan dibicarakan.hidup orang beriman ada dunya ada akhirat.sobar.
AllahuRabbi,doa' org yg dizalimi akan termakbul, insyaa Allah.
Berani kerana benar adalh jihad pahalanya...lbh2 lg dlm zaman kebenaran dinilai sbg kebatilan...sbr tuan...doa umat islam yg lain bersama tuan...
Insyallah hj zaidi..kami doakan anda berjaya
Bersabar tuan Allah bersama orang yang benar.....
Post a Comment