Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya
BERITA TERKINI
Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".
Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?
Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.
Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.
Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang Pas ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah Pas dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.
Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli Pas dengan apa yang berlaku hari ini.
Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan dari berbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.
Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ianya ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.
Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. [wm.kl. 11:47 am 28/11/13] ..Mohd sayuti omar.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
2 comments:
MB temui PM adalah perkara biasa tidak dianggap bahan berita.Terkecuali jika ada "maksud" lain.Sejak TGNA melepaskan jawatan MB Kelantan, nampaknya banyak perkara-perkara aneh berlaku diKelantan sehingga pertemuan MB dengan Najib pun nak diperbesarkan.Kena baca "Yang tersirat, bukan yang tersurat".
selalunya apabila seseorang mb hendak bertemu pm, maka tujuan pertemuan itu dimaklumkan dulu sperti nak pinjam duit ke, mintak projek ke, mohon kerjasama atau lain2. bila tiba2 aje jumpa ini ada sedikit pelik dan curiga. oleh itu patut buat sidang akhbar. hilangkan keraguan, tambahkan keyakinan. bagi tau tujuan saja bukan butir2 perbualan. tak kan tu pun tak boleh.
Post a Comment