- Semakan di mahkamah sah Nurul mohon cerai
- Semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.
Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.
Nuffnang
Friday, January 24, 2014
Terkini Nurul Izzah Pohon Fail Penceraian..di Mahkamah Syariah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam buat semua.. Pergh pening kepala dibuatnye.. exam dah dekat ni..buku ..baru mula nak baca...blog pun nak kena up date.macam mana nak b...
-
Salam buat semua.. Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari...
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
-
BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan KUALA L...
-
BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di...

5 comments:
Ini pasti mainan UMNO nih, kan?
allah hu akbar!
mudah2an dikembalikan keindahan perkahwinan atas pasangan ini.
Bab ini janganlah kita cuba politikkan..Biar mereka selesai masalah mereka..Mereka lebih tahu..Janganlah kita menambah dosa..Aku tak menyokong mana2 parti politik kecuali yang benar2 berani melaksanakan hukum ALLAH yang sebenar..
kita berdoa semoga mereka disatukan kembali
InshaAllah :)
Post a Comment