KERANA MENGATAKAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG SAMA DENGAN UMNO/BN, MAKA SEORANG AHLI JAWATAN KUASA TETAP, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG DIPECAT.
Pada 19hb September 2014 yang lalu seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dalam muktamar PAS di Batu Pahat telah mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Negeri adalah sama seperti Umno/BN.
Kenyataan beliau ini dianggap sebagai musuh dalam selimut kerana dikatakan dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar pembangunan ala BN.
Akibat dari kenyataan beliau itu, Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) pada 25hb September 2014 telah bermesyuarat dan memutuskan mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta merta dan semua peruntukan dibekukan.
Sepucuk surat dikeluarkan tentang pemberitahuan keputusan itu.
Bahasa yang digunakan agak mild iaitu mengeluarkan tetapi hakikatnya beliau dipecat atau ditamatkan atau diberhentikan atau dibuang.
Tidaklah diketahui sama ada suatu penjelasan dipohon dari Sdr Iszuree Ibrahim ataupun tidak tetapi adalah tu kot sebab Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan sikap dan slogan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T)
Sebagai kerajaan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T) sudah pasti surat tunjuk sebab dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan secara bertulis sebelum menjatuhkan hukuman pecat.
Oleh benarlah pihak yang terlibat memberikan respon dengan berfakta dan bukti demi pencerahan dan kebenaran mengenai surat ini.
2 comments:
kalau dah ada video sbg bukti buat apa nak diberi surat lagi?
inilah padah bila mulut lebih laju drp otak...
kalau awak tu berada diluar majlis mungkin tindakan awak tu boleh diterima....tapi di mana awak bila majlis mengadakan mesyuarat...takan mai meeting untuk makan karipap je dan claim elaun...mana idea idea bernas pas untuk memperkasa melayu pp..jangan jadi gendang kosong bro...
Post a Comment