KICAP KELUARAN KHAS UNTUK WARGA NEGARA ANGKATAN TENTERA KITA, GUNA BOTOL KITAR SEMULA CARLSBERG TERSEBAR DI ALAM MAYA.
Gambar kicap jenama Sofia keluaran khas untuk warga Angkatan Tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula dari botol minuman berasaskan arak Carlsberg mulai tersebar.
Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebar sekeping foto yang mendakwa botol kicap khas untuk kegunaan warga angkatan tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula daripada arak jenama terkemuka iaitu Carlsberg.
Jika apa yang dipaparkan ini perkara ini benar, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa kerana pengilang langsung tidak menjaga aspek halal dalam proses pengeluaran kicap berkenaan.Tq Omakkau
4 comments:
Ana ada mendengar ceramah Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam seminar protaz vs Uspro tidak lama dahulu... dalam seminar itu beliau selitkan isu botol arak yang digunakan kembali... jawapan beliau adalah mudah... mana-mana botol arak yang telah digunakan maka jika hendak menggunakan semula maka hanya perlu mencuci dengan bersih hingga hilang bau dan tak perlu disertu. Adakah botol arak itu benar2 bersih untuk digunakan merupakan satu persoalan lain...
As Salam
Setuju dengan komen Mr Anuar Safian... sertu untuk bab anjing dan babi sahaja..kalau botol arak cukuplah kalau dicuci dengan bersih..harap aspek kebersihan tidak diabaikan dalam isu ini.
Cuma dari segi adab menggunakan botol yang mempunyai cap arak adalah kurang baik.Samalah seperti menggunkan pinggan atau perik yang diketahui telah pernah digunakan untuk memasak daging babi. Yang hairannya, pengeluar kicap tersebut bukan tak tahu yang majoriti asykar2 kita yang akan menggunakan produk mereka adalah orang melayu beragama islam. Takkanlah nak untung berlebihan pengeluar terpaksa menggunkan botol kitar semula!
aku percaya 100% yg buat kerja2 mencuci botol2 itu semuanya tidak tahu berbahasa melayu apatah lagi nak mengaji/bersolat...
Post a Comment