Nuffnang

Monday, November 24, 2014

Presiden PAS diberi penghormatan berucap di Ijtimak Jamaat Islami..Di Lahore Pakistan



PAKISTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore di sini semalam.
Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu.
Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini.
Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.
Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan.
Ijtimak pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel.
Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini.
Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub. - HARAKAHDAILY 

1 comment:

Anonymous said...

tahniah hj hadi.

cuma dlm ucapan kawallah kata2, jgn sampai tersebut barua lagi kt sana.. walaupun dia org tk faham.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung