Nuffnang

Wednesday, January 7, 2015

CERITA USTAZ Di Tempat Permindahan Mangsa Banjir Yang MENGEJUTKAN !!!

CERITA USTAZ Di Tempat Permindahan Mangsa Banjir Yang MENGEJUTKAN !!! | Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak. Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
1510497_475457099260317_4453427003516639756_n
Sekadar Gambar Hiasan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat. Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je…
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa? Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya. Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah… Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin… Ustaz Yunan via keretamayat. kredit debatmalaysia.com

11 comments:

Faqirulkhoir said...

Gue pon turut bersedih. Di Venezuela, dizaman mendiang Chavez di riwayatkan bila penduduk miskin datang untuk menuntut wang bantuan dari pemerintah, mereka di wajibkan membawa kad kedatangan persekolahan anak2 atau tanggongan. Mungkin pihak2 yg pergi menghulur bantuan dapat memberi sedikit tarbiah ringkas para perlunya menunai solat berjema'ah, terutama apabila tempatnya berlindung adalah di rumah Allah.
Terkenang semasa gue di tingkatan satu, dilantik seorang ketua murid untuk merekod kedatangan ke masjid pada setiap solat Juma'at.

Anonymous said...

biasanya kalu keluarga orang Pas, mereka tak buat macam tu.

Unknown said...

Dia x kira aih pas ka umno bro

Anonymous said...

Mkn darurat,pakaian tk suci

Naza said...

Ustaz ni yg perlu tarbiah diri sendiri...sibuk hal orang. Dia rasa wakil tuhan

Anonymous said...

Naza terasa ka?Nasihat yg baik di terima bukan di kutuk

Anonymous said...

mmg zaman dia dah ni......ustaz dan ulamak dikeji , tuhan dilupai , rezeki dicari , bala sentiasa menanti !

Anonymous said...

saya setuju ngan anon 6.47... zaman ni ustaz dan ulama yang bagi nasihat dn peringatan kan di keji (kita memang kenal siapa yang mengeji tu..) tapi raja judi mereka akan sanjung seperti mana si zahid komidi yang terlalu menyanjung si raja judi Paul Phua haram jadah... dengan lain perkataan UMNGOK celaka celanat tu confirm haram jadah .. termasuk sesiapa yang bersekutu dengannya...

Penulis Rindu said...

ulasan yang bijak

antiasobiyah said...

Maafkanlah makhluk bernama Naza,Dia cuma makhluk tunganggan.!!!

Anonymous said...

sama juga yang BERJIRAN dgn masjid@ surau.....hidung mata dn telinga begitu hampir.....tapi melantak pi
moga mereka akan dapat hidayah jua

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung