Dirogol Bergilir-Gilir Sebagai Satu Hukuman,Kini Bakal Dirotan Dikhalayak Ramai
SEORANG wanita berstatus janda berbangsa Indonesia yang dirogol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.
Kesemua perogol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan seks terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun.
Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dirogol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang. Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan seks dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dirogol.
Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan merogol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama
“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan seksual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe.
Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dirogol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya.
Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan seks walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Tiga perogol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi perogol masih diteruskan.
Ini bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dirogol. Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah dirogol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya. Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga perogol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Perogol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, belum lagi ditangkap.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
4 comments:
Tak serik-serik lagi saki-baki geng pemisah Acheh ni selepas dilanda Tsunami dahulu? Tidak kah mereka tahu bahawa balasan Tsunami itu diturunkan Allah atas sebab mereka sudah terlebih hukum atau melaksanakan hukuman ikut suka hati dan tidak mengikut syariat? Kamu semua bukannya lahir di zaman Muhammad SAW, yang 100% bergantung hukum dari wahyu baginda, kamu semua lahir melebihi 1000 tahun dari itu. Oleh itu jangan terlalu pandai mentafsir Al-Quran mengikut akal kamu semua yang terlebih nafsu tu. Semoga Tsunami kali ini meranapkan terus semua bangsa Acheh yang asalnya "lanun".
Mereka bukan pegawai yg dilantik utk menjalankan hudud. Mereka cuma pegawai menjaga keselamatan yang juga perogol. Hudud yg bakal dilaksanakan di Kelantan tidak bersifat demikian. Anda dilahirkan 1000 tahun lebih selepas Rasulullah. Jadi rujuklah wahyu Allah yg terkandung dalam Al-quran serta hadis dan bukan menjadikan menteri sebagai tiang membuat hukum hudud.
Orang Indon memang kuat ngentot sebab otak gred 3 bodoh dan banyak masa untuk ngentot
Tu sebab banyak beranak tiap tahun sampai nak makan pun takde makanan
Bahalol
Masih x reti bahsa walau pon BALA DAN MALA PETAKA tlh melanda negara!!!
Post a Comment