Nuffnang

Sunday, April 26, 2015

Kisah Sebenar Kenapa Nasi Lemak yang Di Jual Di Sekolah DI Rampas di penang



Semalam, heboh di laman sosial dengan kes nasi lemak dua orang pelajar di rampas oleh seorang guru wanita dan guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang. 


Ekoran dari penyebaran kes oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang yang nyata berat sebelah dan menyimpang dari cerita asal, netizen dengan selamba badaknya menyelar guru dan guru besar serta menganggap tindakan mereka itu keterlaluan dan berotakkan 'Ahmad Maslan'. 

Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Saiful Bahri menjelaskan cerita sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian itu.

"Kes nasi lemak ini jadi pada cousin Fazliyaton Suhaimi. 

"Budak itu memang kurang ajar. Cousin dia (Guru perempuan) sedang mengajar Sains tahun 6. Budak ini buat tak hairan. Menjaja nasi lemak dia macam di pasar. Dia dah lama jual nasi lemak. Tak ada guru marah pun, cuma jangan ganggu Pelajaran dan Pembelajaran (PnP) tu je.

"Tetapi kali ini dia melawan. Bila cousin (guru) suruh duduk dan jangan jual lagi, dia menjawab,'apa cikgu boleh buat kat saya?'

"Then cikgu tu suruh berdiri di luar kelas. Then cikgu tu terperasan yang dia lari dengan beg nasi lemak. Cikgu tu jadi panik dan minta guru disiplin cari.

"Jumpa budak tu, then dia mencabar apa boleh buat pada dia.

"Guru disiplin bawa berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar suruh pelajar itu tinggalkan beg di tepi. Dia mencekak pinggang hangin.

"Guru Besar tu denda sebab sikapnya yang biadab. Bukan sebab dia berniaga nasi lemak. Sebelum balik, Guru Besar pulangkan nasi lemak dia yang masih elok," dedah Saiful.

Benar ataupun tidak, persoalannya hanya satu, apa tujuan ibu bapa hantar anak-anak mereka ke sekolah?

11 comments:

Anonymous said...

Cover lah cikgu selagi boleh cover kan? Golongan cikgu ni terlalu mulia hinggakan tak ada membuat salah langsung. Dah lah asyik mintak naik gaji dan gred sahaja, kemajuan pembelajaran murid tolak tepi, janji loan kereta dan rumah lulus itu sudah cukup baik (bukan semua yang begitu). Dok dalam bilik guru sembang direct selling dan mengata jiran......Kamu semua hanya mengajar aje apa yang ditulis dalam buku (kebanyakkan cikgu bukannya menghasilkan buku) kalau tidak pergi sekolah pun murid boleh berjaya dengan pergi kelas tambahan yang dibayar kepada guru sekolah "parttime" juga. Ingat kerjaya yang tertua adalah "pelacur" bukannya guru ya!

Anonymous said...

Anon 6.40.
Sekolah tempat timba ilmu bukan berniaga. Hanya pengusaha kantin saja yv dibenar berniaga. Itu pun selepas melalui proses tender. Byk syarat yg perlu dipatuhi. Soal keselamatn makann jd keutamaan. Sijil dan akuan kem. kesihatan perlu dipamerkan.

Klu awak tak berapa pandai jgn nak mereka2 cerita. Apa hal dengki kianat sama guru. Apa awak dulu masa sekolah tak diajar olh guru kah?

Rajin2 ke sekolah dan lihat apa yv berlaku. Tolong hadir masa Mesyuarat PIBG. Libatkan diri dgn warga sekolah. Sumbang tenaga dlm aktiviti Sarana PIBG. Menjadi parasit ni mmg senang tp menjadi payung itu yg sukar. Kalau anon 6.40 sekolah tak tinggi....belajarlah lagi.

Anonymous said...

Berhati-hatilah apabila hendak mngeluarkan kata-kata. jangan mudah menuduh orang tanpa bukti. Kalau tak pergi sekolah pun boleh berjaya, silakan jangan hantar kamu ke sekolah dari awal lagi, dari tadika lagi jangan hantar belajar ke sekolah.

Anonymous said...

Anon 6:40

Betul juga pendapat kamu tu.... Ramai dari kalangan guru ni bagai beri betis mahukan pula peha. Kalau ibu bapa berkomitmen sikit terhadap sekolah mulalah mereka ni naik kepala, kalau boleh seluar dalam mereka pun nak disuruh ibu bapa murid basuh. Dah lah di sekolah mereka main tunjuk-tunjuk sahaja dan murid yang menjadi barua mereka di suruh angkat itu dan ini. Dah lah cuti banyak, kalau mengutuk jururawat atau pekerja kesihatan merekalah juara sedangkan mereka ini kerjanya menjual air liur sahaja dan tidak terlibat dengan nyawa manusia pun tapi gaji nak lebih dari pejuang negara. Kalau ditegur sikit mulalah nak menuduh orang yg menegur tak mengaji tinggi..... Kalau mengaji tinggipun dok menggunakan hasil idea orang lain pun tak guna jugak kan? Kalau orang awam tak hantar anak ke sekolah, maka cikgu nak kerja apa? Nak minta naik gaji macam mana? Sanggupkah cikgu kerja tukang rumah (sedangkan selama ini penyapu pun tak pernah pegang di sekolah).

Anonymous said...

Budak tu pun satu, kalau betul nak berniaga, buatlah waktu rehat, kalau time belajar berniaga memang salah!

Anonymous said...

guru ni disekolah ajar murid acah acah saja kemudian malam di kelas tusion baru ajar sungguh sungguh,faham faham saja lah.......

abuamir said...

Jgn cakap main balun aje, sedarlah diri sikit kalau tak ada cik gu silap2 mereka yg kaki kutuk ni pun tak tahu apa itu ABC. Kalau tanpa jasa guru nak harapkan ibu bapa mampukah mereka ajar kamu?

Walaupun ada yg buat salah tetapi jgn pukul rata aje atau dengki kpd mereka yg pernah berjasa kpd kita. Ini tidak anak tu macam2 masalah degil, nakal dll disuruh cikgu ajar & jaga sedangkan diri sendiri pun tak mampu ajar anak sendiri.

Macam2 berita sekarang ni keluar tetapi kena tapis & nilai, jgn main hentam & kutuk walaupun tiada asas.

meknum_ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

INI SEMUA SALAH ANWAR.. KAH KAH KAH

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...

Orangtua cakap seorang guru amat perlu kita hormati hatta jika guru itu seorang non muslim sekalipun.. segala ilmu perlu dihargai dan ucapan terima kasih pada guru perlu diucapkan walaupun hanya dgn perbuatan.. spt menghormati guru serta menyanjungnya atas ilmu yg telah diajar..

Jgnlah mudah mulut nak mengata macam2 terutama jika kita pernah dididik oleh seorg guru walaupun mereka bukan islam..malah saya pernah ditampar oleh seorg guru cina bahasa inggeris ketika di darjah 5. Tapi saya x pernah berdendam atas rasa memahami kesungguhan guru utk menjadikan kita pandai..

Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucpkan berbanyak2 terima kasih kpd warga guru semua.. atas jasa anda lah saya kini sudah bergelar jurutera elektrik dan sudahpun bergelar ir (ingeniur).. bukan nak menunjuk2 tapi ingin berkongsi kejayaan warga guru yg mendidik kita dan generasi kita yg mendatang..

Walaupun masih awal saya tetap tidak sabar2 untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua wargaguru yg dikasihi yg jatuh pd 16 Mei 2015 akan datang..

Syabas Cikgu.. jasamu ku kenang sehingga ke akhir hayatku..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung