Nuffnang
Wednesday, October 9, 2019
Viral..Rakan kesal pesakit kritikal muntah darah, doktor suruh tunggu appointment... nurse risau tentang uniform - “Nanti merecik kat baju naya nak basuh”
Rakan kesal pesakit kritikal muntah darah, doktor suruh tunggu appointment... nurse risau tentang uniform - “Nanti merecik kat baju naya nak basuh”
Gadis ini berkongsi pengalaman menghantar rakannya yang sedang kritikal di hospital.
'KAWAN mudah dicari, tetapi sahabat sejati sukar diperolehi,' begitulah ungkapan yang sesuai untuk hubungan persahabatan gadis ini.
Baru-baru ini tular satu posting yang dimuatnaik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Umie di akaun Twitter miliknya dengan kapsyen: 'Cerita pagi tadi. Pukul 5 pagi, housemate ketuk pintu bilik minta tolong. Aku terkejut berlari pergi bilik dia, ingat ada ular ke apa kat tandas sebab dia lari pergi tandas. Sampai je tandas bilik dia, penuh dengan darah. Ya Allah, takut gila masa tu. Dia cakap telefonkan ambulan'.
Posting tersebut yang dimuatnaik pada Ahad, berjaya menarik perhatian ramai dengan meraih kira-kira 7,700 ulang kicau (Retweet) dan 3,300 suka (likes).
Menerusi perkongsian bebenang (thread), jelas sekali Umie risau melihat keadaan rakannya, Hafizah yang pakaiannya dipenuhi darah ketika itu. Walaupun Umie mahu menghantarnya ke hospital, namun dia tetap berkeras hanya meminta untuk panggilkan ambulan.
"Dalam keadaan mulut berdarah dia cakap, kalau kau hantar nanti dekat emergency, doktor buat layan tak layan je. Kalau datang dengan ambulan nanti doktor layan cepat sambil batuk dan mulut penuh darah.
"Tak ada pilihan, aku telefon ambulans. Mereka cakap tak ada ambulan kosong, semua keluar. Lepas tu dengan soalan dia ada dalam 10 minit dia tanya aku, teruk ke dia? Dia boleh jalan ke? Dia sakit apa je? Aku cakap kalau tak teruk, aku tak telefon ambulans," katanya menerusi bebenang.
Namun selepas menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, menurut Umie jawapan yang diterima tetap sama, 'tak ada ambulan kosong'. Kemudian dia mengambil keputusan untuk terus membawa rakannya ke hospital, berbekalkan plastik khas untuk rakannya muntah.
UMIE
RAKAN BAIK PESAKIT
Katanya ketika sedang bersiap-siap, pihak hospital ada menghubunginya memaklumkan bahawa dalam masa beberapa minit lagi ambulans akan sampai dan mereka berdua setuju untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Di dalam ambulans, Umie yang pada mulanya risau dengan keadaan Hafizah sedikit lega kerana rakannya nampak lebih tenang dan tidak lagi batuk seperti pada awalnya. Apabila sampai di hospital, Hafizah ditolak masuk ke zon kuning untuk diberikan rawatan.
Selepas hampir dua jam diminta untuk tunggu di luar, Hafizah kemudiannya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar rakannya.
"Doktor cakap, kamu dah datang kelmarin kan, dah ada appointment kan... Habis kamu buat apa datang sini lagi. Kamu kena proceed dengan kamu punya appointment.
"Lepas tu kawan aku cakap yang dia batuk darah dan sesak nafas teruk pagi tadi. Jadi dia datanglah hospital. Kemudian doktor kata, sama je kalau kamu datang, saya tak boleh buat apa-apa. Kamu kena tunggu appointment," luah gadis itu yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan doktor itu.
Jelas Umie lagi, doktor itu menyatakan bahawa dia hanya boleh melakukan ujian darah sahaja dan jika tidak mempunyai sebarang masalah Hafizah perlu menunggu temujanji seterusnya.
Kongsi Umie akan keadaan rakannya.
Dia kemudiannya menolak keluar kerusi roda untuk menunggu keputasan ujian darah.
"Tiba-tiba, kawan aku panggil, 'Umi... Umi... panggil doktor, sesak nafas ni, sakit dada'. Aku lari masuk bilik doktor tadi cakap, doktor pesakit tadi sesak nafas dan batuk darah balik, banyak!
"Doktor tu boleh cakap, ye saya tahu. Saya kan dah ambil darah dia tadi. Mereka check lagi belum ada keputusan. Aku dah mula angin. Doktor! Orang tu separuh mati kat luar, paling tidak buatlah sesuatu! Bagi dia baring ke, bagi dia ubat apa-apa dulu," katanya yang marah.
Umie turut menyatakan bahawa keadaan rakannya pada waktu itu kembali kritikal seperti keadaan ketika dia di rumah. Malah dia juga kecewa dengan sikap doktor tersebut seolah-olah lepas tangan dengan kes ini.
"Aku dengar batuk kawan aku dah teruk balik macam pagi tadi dekat rumah. Aku cakap kat doktor takkan aku yang nak check dia. Siapa doktor sekarang ni! Dia tengok aku dah meradang, dia kata kamu tolak dia masuk dalam. Saya nak tengok teruk macam mana.
"L****unya lahai. Aku tolak kerusi roda si Fizah ni. Dah banyak darah kat mulut dia dan dalam plastik, lebih tiga cawan ada darah dia. Banyak dan pekat! Doktor tengok dia batuk macam teruk, dia kata kamu jangan paksa batuk. Orang takkan nak paksa batuk sampai berdarah!" luahnya menerusi posting tersebut.
Rata-rata netizen tidak puas hati dengan tindakan doktor itu.
Malah dakwanya, terdapat juga sesetengah jururawat yang tidak bersikap profesional ketika mengendalikan kes rakannya di bilik kecemasan itu.
"Weh... weh... pakai mask dan apron plastik tu, nanti merecik kat baju putih naya wey nak basuh, bukan senang nak cuci baju putih. Si Fizah ni nak nangis. Aku rasa nak mengamuk je bila nurse tu cakap depan muka Fizah.
"Lepas tu salah seorang doktor yang check Fizah jerit, tolak pergi zon merah! Pasang oksigen dengan masukkan darah sekarang. Jantung aku berderau," jelas Umie tentang situasi cemas bercampur marah di dalam zon kuning.
Selepas lima minit, dengan rasa bersalah doktor itu memberitahu Umie yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan memintanya untuk terus hubungi keluarga rakannya.
Menurut doktor itu, keadaan rakannya semakin kritikal dan hanya bergantung pada mesin kerana dia sukar untuk bernafas sendiri. Malah doktor juga tidak memberi sebarang harapan selain bergantung pada prestasi rakannya sendiri.
Umie sedikit terkesan dan terkilan dengan layanan doktor serta jururawat yang mengendalikan kes rakannya itu kerana hanya mengukur tahap keseriusan pesakit itu dari luaran semata-mata.
"Sedih aku tengok mak Fizah menangis. Last kami masuk, Fizah pengsan dengan mulut, baju penuh darah. Doktor cakap sekarang di zon merah dan kemungkinan akan dimasukkan ke ICU tapi bergantung pada prestasinya. Doakan Hafizah tau, dia kritikal sekarang," luah gadis itu.
Dia kemudiannya mengemaskini semula bebenang di posting tersebut pada tengah malam Isnin dengan memaklumkan kondisi rakannya yang semakin kritikal.
"Hafizah kena tolak masuk ICU balik . Untuk pemantauan Doktor . Dari wad biasa ke ICU semula. Telefon mak dia tadi, dengar menangis dari tadi tak henti-henti. semoga urusan dipermudahkan ya Allah," kongsinya pada posting tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
2 comments:
Doktor Semarang tidak berkualiti,tiada PR, tidak pandai buat kerja cuma pandai berlagak..
Sekiranya apa yang dipaparkan ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku, saya mencadangkan supaya pelanggan atau wakil pelanggan (terutamanya waris atau keluarga) menggunakan hak mereka untuk membuat satu aduan rasmi dimajukan kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan. Sudah menjadi keperluan dan kemestian sekarang bagi semua pelanggan hospital menggunakan hak mereka membuat aduan tetapi mestilah secara rasmi terhadap sebarang cadangan, ketidakpuasan hati atau salah laku kakitangan yang terlibat. Manakala hospital perlu menerima, merekodkan, menjalankan siasatan dan mengambil tindakan atas sebarang aduan sama ada serius atau tidak untuk menyelesaikan masalah dan penambahbaikan perkhidmatan.
Tanpa sebarang aduan rasmi, pengesahan kejadian dan tindakan berkesan tidak dapat dilakukan. Ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi iaitu jika kejadian ini benar-benar berlaku, tindakan dapat dilakukan dan pesakit memdapat pembelaan tetapi sekiranya tidak benar nama baik pihak kakitangan, hospital dan kementerian akan terjaga.
Post a Comment