Gadis gelisah curi-curi rakam gambar penjual burger solat di gerai, selepas bersemuka segalanya berubah - “Tenang je hati berdepan pemuda macam ni”
HATI tersentuh setelah hampir setiap hari remaja ini melihat seorang pemuda yang berniaga burger di gerai tepi jalan mengerjakan solat.
Bercerita pengalamannya kepada mStar, Nur Farhana Kamarrudin, 19 berkata dia tidak berniat untuk menularkan kisah penjual burger tersebut tetapi sekadar ingin berkongsi kegigihan seorang umat Islam yang tidak lupa melaksanakan kewajibannya.
"Semoga urusan dipermudahkan, syurga buatmu anak muda," tulisnya pada kapsyen TikTok.
Nur Farhana yang berkerja di sebuah restoran di kawasan Plaza Indah, Kajang itu berkata selepas video tersebut tular, dia tiba-tiba berasa serba salah kerana merakam video pemuda yang berusia awal 20-an itu tanpa kebenarannta.
Lebih mesra disapa Farhana, dia membuat rakaman itu pada Ahad lalu, kira-kira pukul 5 petang ketika Muhammad Firdaus Hakimy Afinddy sedang menunaikan solat Asar di gerainya berdekatan lokasi tempatnya bekerja.
Farhana bersama rakan, Nurainaa merekod video tersebut pada petang Ahad lalu.
Video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok itu tular sehingga mendapat lebih 42,000 likes dan 300 komen.
“Sebenarnya, masa saya nak rakam video tu pun memang dah rasa serba salah sebab ambil tanpa pengetahuan dan izin dia.
"Hampir setiap hari saya nampak dia solat di situ tiba-tiba sahaja hari tu tak tahu kenapa saya terdetik hati nak rakam, edit dan kongsi dengan orang ramai.
"Sehinggakan kakak penjual burger tu pun komen minta saya hantar video adiknya kepada dia.
"Tetapi selepas saya terbaca beberapa komen netizen yang cakap tak baik viralkan pemuda tu, terus saya terdetik nak jumpa dia dan minta maaf," ujarnya.
Farhana bertemu lelaki tersebut (Firdaus) pada Isnin lalu untuk memohon maaf sekali gus memuat naik video untuk menjelaskan kepada orang ramai
Justeru, pada Isnin Farhana bersama rakannya Nurainaa Jasri, yang seusia dengannya telah ke gerai burger tersebut untuk bertemu dengan Firdaus dan memohon maaf.
"Saya dengan kawan tak sedap hati sebab video tu sampai tular kan.. takut dia terasa hati atau rasa kurang selesa.
"Masa saya datang minta maaf tu saya tanya dia tahu tak video dia viral.. Dia cakap tahu sebab ada kawan hantar di grup WhatsApp.
"Saya minta maaf sangat. Dia cakap tak apa dia tak kisah pun malah siap cakap terima kasih," katanya.
Hampir setiap hari saya nampak dia solat di situ tiba-tiba sahaja hari tu tak tahu kenapa saya terdetik hati nak rakam, edit dan kongsi dengan orang ramai.
NUR FARHANA KAMARRUDIN
Perlakuan lelaki itu kata Farhana menampakkan dia seorang yang baik, juga pemalu kerana dia asyik tunduk ketika bercakap dengannya.
"Tenang je hati berdepan insan macam ni," katanya.
Sementara itu, berdasarkan pemantauan di ruangan komen mendapati ada beberapa individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan francais Otai burger memberitahu mereka telah dididik untuk mengerjakan solat terlebih dahulu sebelum berniaga..
"Kalau nak tahu pekerja Otai semua duduk asrama dan dididik bangun solat subuh, jemaah bersama.
Anak muda yang bernama Firdaus dirakam sedang mengerjakan solat Asar di gerai burger tempat dia bekerja.
"Terima kasih kak, saya salah seorang usahawan Otai... Kami satu hati satu jemaah, amin," tulis beberapa individu di ruangan komen.
Bagaimanapun, Farhana berkata biarpun dirinya belum menutup aurat dengan sempurna, namun dia menganggap tidak salah berkongsi perbuatan baik seperti ini.
"InsyaAllah, siapa tahu pengalaman ini akan membuatkan saya berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit," jelasnya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
1 comment:
ALHAMDULILLAH!! Adik Firdauslah contoh anak muda ISLAM/MELAYU kita yg. TERBAIK!!
BUKAN yg. buat benda2 MERAPU berasaskan budaya2 BARAT/ZIONIS LUCAH, HOMO, PENAGIHAN DADAH dsbnya!!
Post a Comment