Nuffnang

Saturday, November 26, 2022

PN nak jadi pembangkang, tolak tawaran Anwar sertai Kerajaan Perpaduan

 

PN nak jadi pembangkang, tolak tawaran Anwar sertai Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan kekal sebagai blok pembangkang.

PERIKATAN Nasional (PN) sekali lagi menegaskan untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan berperanan sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

"Atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen, PN berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.

"PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun kata Muhyiddin, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup antara kerajaan dan pembangkang," katanya.

Pada Khamis, menerusi sidang media pertama sebagai Perdana Menteri, Anwar mengalu-alukan penyertaan PN dan parti lain untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selain bersedia menerima penyertaan mereka bagi menyatukan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Belajar jd pembangkang dgn fakta, bukan fitnah. Cukuplah memperbodohkan orang Melayu yg malas berfikir

Unknown said...

Insyaallah mari kita bersama2 mjadikan Malaysia gah di mata dunia

Anonymous said...

Anon 10:25AM, masih tak cerdik lagi ke???Sekarang siapa yang menipu dan memperbodohkan orang melayu. Bukti depan mata...Bagharal.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung