Takiyuddin dedah cubaan PH ‘beli’ Ahli Parlimen Perikatan Nasional
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan bahawa beberapa ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional cuba ‘dibeli’ oleh Pakatan Harapan (PH) dalam usaha membentuk Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Pendedahan itu sekali gus mematahkan tuduhan Timbalan Presiden PKR yang kini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa PN cuba ‘mencuri’ 10 MP Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.
Cubaan membeli itu dilakukan PH dengan menawarkan jawatan menteri kepada MP Perikatan Nasional, selain janji untuk membayar semua perbelanjaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
“Saya ingin mendedahkan di sini bahawa pihak kami pernah ditawarkan beberapa jawatan Kabinet untuk menyertai kerajaan di sebelah sana (kerajaan PH).
“Juga jaminan kononnya nak bayar balik segala perbelanjaan pilihan raya kami,” katanya ketika membahas usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam (19 Disember 2022).
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS itu berkata Perikatan Nasional tidak termakan dengan pujukan dan tawaran jawatan menteri Kabinet.
“Tetapi kami tidak terima kerana kami yang berada di sini (pembangkang)… kami membawa mandat 4.7 juta pengundi popular yang mengundi Perikatan Nasional yang membawa kepada 74 kerusi di Parlimen,” katanya lagi.
Takiyuddin juga menyifatkan usul percaya terhadap Perdana Menteri hanya satu ‘pertandingan sorak’, sedangkan pelantikan telah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya usul percaya ini sepatutnya bukanlah satu yang perlu dan utama yang dibawa atau diadakan oleh pihak kerajaan kerana bagi saya ianya hanyalah berbentuk akademik, berbentuk lewah dan tidak perlu terutamanya selepas Yang Berhormat Tambun telah pun dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, menjadi Perdana Menteri dan telah menubuhkan kerajaan.
“Kalau usul ini dibawa sebelum kerajaan ditubuhkan itu adalah agak munasabah. Bagi saya ini adalah satu perkara yang boleh dianggap satu pertandingan sorak ataupun shoutting match, yang tak perlu dibawa,” katanya
7 comments:
Dh tkde modal ke tokiyaki
Tsmy pertikai. Bawa ke parlimen.. Tak perlu pulak..
Pn jadikan pembangkang seperti ph dulu
HOAX
Udah2le.
Tinggalkan Islam extreme suka salahkan kaum lain. Tinggalkan Islam suka fitnah atau dengar cerita em b negeri Pas.
Bawa Islam maju dan jadi contoh utk dapatkan respect orang kafir.
Bawa Islam cara zaman kegemilangan perintah dunia dimana orang kafir yg minta Orang Islam bebaskan mereka dari ditindas penzalim.
Min takut dengan kebenaran? Nilah perangai penyokong PN. Tak berani hadapi hujah
Post a Comment