PAS Selangor menempelak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) kerana gagal menangani masalah bahan mentah dan keperluan utama rakyat untuk hidup seharian, bukan cukai jalan digital
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata banyak lagi isu yang lebih kritikal sewajarnya ditangani oleh kerajaan PH-BN dalam membantu rakyat yang berdepan kenaikan harga barangan dan inflasi.
Ini katanya, termasuk masalah kekurangan telur ayam, harga sayuran yang meningkat selain harga minyak petrol yang tidak turun-turun sebagaimana dijanjikan.
“Banyak lagi isu lebih kritikal yang belum selesai dan perlu ditangani segera berbanding pelekat cukai jalan dan lesen memandu digital.
“Isu telur, minyak petrol yang tak turun-turun, harga sayuran yang naik, kos hidup yang membebankan, kenapa cukai jalan dan lesen digital yang diutamakan.
“Yang saya tahu tujuan cukai jalan dipamirkan di kenderaan dengan maksud memudahkan pihak berkuasa membuat pemeriksaan. Sekatan jalanraya, kesalahan lalulintas dan sebagainya.
“Kalau ada SJR (sekatan jalan raya) dan masing-masing terkial-kial dan buka app dalam handset bayangkan jem yang akan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini (11 Februari 2023).
Roslan Shahir turut mempersoalkan bagaimana sekiranya kenderaan itu dipanduk isteri, anak atau rakan-rakan.
“Selesailah yang patut diselesaikan. Jangan cakap lain buat lain. Rakyat makin bosan dengan kerajaan campuran ini,” katanya.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ketika menjelaskan keputusan itu, hari ini berkata ini kerana cukai jalan itu akan disediakan di atas platform digital melalui aplikasi MyJPJ.
Bagaimanapun langkah itu mendapat kritikan netizen.
12 comments:
Benda yg baik jika ph buat adatlah.. Masa pegang kerajaan apa solusi harga tinggi.. Redo je lah ye
Baru 2 bulan.. Hang tu 32 bulan.. Menteri sampai 72..blm duta khas lagi
Nak kata bangang memang bangang rupanya…Hal cukai jalan digital itu usaha Menteri Pengangkutan…Hang pi kaitkan dengan telur dan barang harga murah itu kementerian lain…Dulu PN dan BN jadi kerajaan pun apa dia buat utk harga barang yang melambung…Ingat senang ke bila harga naik nak turunkan…Bodoh punya pemimpin PAS….
Yang pernah terpesona dengan formula bangang si pembangang suatu ketika dulu mungkin tengah sakit atau dah arwah sekarang ini.
Kalau mereka sihat atau masih hidup mungkin mereka kuat menyalak seperti mana mereka menyalak dan berguling atas jalan raya suatu ketika dulu. Yang lain pula sedar dan insaf rupanya formula bangang itu hanya kencingan semata-mata.
Pujilah sikit yb anthony loke nie.Level dan idea dia ok jugak.
Nampak dia bekerja.
Yg tak ok dan tahap level lim gone end adalah rapiji sotong tu. Tahap masih pembangang.
Kesian para mahacai yang mengharap formula bangangnya....hehehe
Telur dah banyak. Harga bawah RM 13 pun ada. So???
Dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai zaman Najib, 60 tahun lebih, Malaysia tak pernah tak ada telur.
Zaman PN baru 33 bulan telur pun tak ada.
Memang tak ada berkat. Kalau hidup memfitnah dan merosak agama je memang Allah bagi bala je hahahaha
Tak kesahlah berapa lama asal nampak usaha dan kesungguhan.
Ini belum sebulan suruh jangan makan ayam. 2x5 dgn manusia yg dimakinya.
Mana formula?
Bodoh!!!
Inikah bakal peeM impian mahacai?
Tengah cipta formula. Masa membangang dulu banyak formula. Siap kutuk lawan kata "Mana formula korang?!"
Sekarang rakyat nak tanya balik..."MANA FORMULA KO MANGKUK?"
Zaman PN minyak masak 5 kg dekat RM 50.00. sekarang baqah RM 30.00 pun boleh dapat Ayam sekilo lebih RM10.00 pun ada. Sekarang bawah RM 8.00 pun ada. Ringgit jatuh. Barang import naik.
Memang Allah tak izinkan penjual agama jadi pemerintah Malaysia. Tak ada class hahahaha!!!
Rosak negara macam tu hahahahaha!!!
Telur?????
Rakyat nak harga barang turun seperti dimaklumkan dalam formula. Bukan setakat telur hang!!!
Tersengih dengan muka bangang bila menjawab soalan reporter.
Ntah kementerian apa yg dipegang?
Kementerian senyum sengih + bangang!!!
Aku nak harga kereta turun seperti dalam formula yb rafizi.
Errrrrrrrr.......hmmmmmmmmm
Post a Comment