Nuffnang

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam sejahtera buat semua........

Sambungan dari posting yang lalu.

Abu Dzar berkata " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " hendaklah engkau berani berjihad sebab kelakuan ini ( perang untuk meluhurkan dan membela Agama Allah) adalah sebagai pertapaan umatku.

Abu Dzar berkata lagi " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " cintailah orang-orang miskin dan bergaulah dengan mereka."

Abu Dzar berkata lagi " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " katakanlah apa yang benar sekalipun pahit rasanya".

Biar hidup secara sederhana dan jangan ikut orang. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, akan ditinggalkan jua.

Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............' AT-TAHRIM: 11

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 dengan penuh keinsafan dan kesyukuran . Semoga segala amalan kita tahun ini diterima oleh Allah dan di harapkan pada lembaran buku amalan kita tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Amin. Maaf kan Mas Aji sekiranya terkasar bahasa.
Dari Mas Aji dan keluarga.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

3 comments:

$3mb@lut said...

salam...
hijrah diri memerlukan pengorbanan, ayuh kita bermujahadah...takbir!!!!

$3mb@lut said...

salam mas aji...
hijrah diri memerluksn pengorbanan..
ayuh kita sama-sama bermujahadah

Anonymous said...

selamat maju jaya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung