Nuffnang

Thursday, April 15, 2010

Mufti Cadang Tukar Nama Jawatankuasa Antara Agama

PUTRAJAYA - Mufti semalam mencadangkan supaya kerajaan menukar nama Jawatankuasa Khas Antara Agama kepada nama lain bagi mengelak kekeliruan kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antara cadangan nama yang dikemukakan ialah jawatankuasa itu ditukar kepada Jawatankuasa Khas Antara Kaum.
“Kita telah terangkan (berhubung jawatankuasa khas antara agama) dan mufti amat mengalu-alukan dialog dan perbincangan persefahaman ini. “Tetapi supaya tidak mengelirukan orang ramai... tidak kelirukan perbincangan dan hala tuju nanti, maka mufti mencadangkan perkataan antara agama ditukarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan taklimat dan penerangan kepada mufti-mufti berhubung jawatankuasa itu di pejabatnya di sini, semalam.
Ditanya tiada gunanya nama jawatankuasa itu ditukar jika isu-isu tentang Islam masih boleh dibincangkan, beliau berkata ia bukanlah mengenai isu-isu Islam kerana soal berkaitan eksekutif, undang-undang dan yang berkaitan agama Islam telah termaktub di dalam Perlembagaan.
“Hanya hal-hal untuk tujuan mempromosikan kefahaman dan perpaduan. Maknanya kalau dalam Islam tidak setuju kepada dadah... dalam agama Kristian, Hindu, Buddha juga tak setuju, jadi kita kena bincang.

Abu Luqman, dalam apa perkara pun, sebelum hal jawatankuasa antara agama ini dihebahkan kepada umum pastikan dahulu para Mufti dan ilmuan Islam diberi taklimat terlebih dahulu., takut takut jadi rumah siap pahat pun berbunyi.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung