Nuffnang

Tuesday, April 27, 2010

Tiga Cedera Kereta Dilambung Air Paip Bocor

KEADAAN lubang besar yang terbentuk akibat paip bawah tanah yang pecah di Bangsar semalam.
KUALA LUMPUR - Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing melambung terkena tekanan pancutan air daripada paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti di Bangsar semalam. Tiga kereta yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air yang deras.
Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.
Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback turut melambung terkena tekanan air itu menyebabkan kereta Honda terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala kereta Proton terbabas dan berpusing.
Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback pula dilaporkan mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som memberitahu, paip yang pecah itu terletak di bawah projek pengalihan paip oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pihaknya tidak ada kena mengena dengan projek tersebut.
Abu Luqman , terkejut lihat berita TV pagi tadi, apabila 3 buah kereta tenggelam dalam lubang besar diatas, sykurlah pemandunya terselamat.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Unknown said...

kemalangan...

kecuaian kita = kita kena
kecuaian orang = kita kena jugak

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung