Nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

Apa Bezanya Air Galian Dengan Air Suling

Apakah perbezaan air mineral, air minuman, osmosis berbalik (RO) dan air suling?

"Pertama, selain air mineral ia diperoleh dari sumber bukan bawah tanah bahkan ia berkemungkinan besar air paip atau sekadar air dirawat. "Selain itu, air mineral secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang.

"Air minuman, RO atau air suling tidak mempunyai langsung unsur-unsur sedemikian dan mungkin ia hanya sekadar mampu menghilang dahaga," kata Mee Yoong.Dalam pada itu katanya, air mineral juga sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun berbanding air minuman, melebihi jangka hayat dua tahun yang dipamerkan pada setiap botol.

"Air mineral mampu bertahan dalam tempoh yang lama jika penutupnya tidak dibuka dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Jangka hayat yang tertera hanyalah formaliti seperti yang ditetapkan oleh pihak berwajib," Semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985,

"Semua pemilik lesen mesti membotolkan produk masing-masing punca (air) selain wajib mengemukakan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan kepada kementerian terlibat.

"Ia termasuklah analisis mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali," katanya.Selain itu, syarat-syarat berkenaan turut mewajibkan pengilang air mineral menggunakan penutup botol berwarna kecuali putih.

Tambah Mee Yoong, tidak timbul isu gimik pemasaran dan sebagainya kerana setiap pemegang lesen sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.Malah label jenama air mineral yang hendak dipasarkan perlu dihantar kepada pihak terbabit untuk kelulusan.Beliau bagaimanapun turut mengakui harga air mineral yang sedikit tinggi berbanding air minuman mahupun RO menyebabkan ramai memilih bukan air mineral.

."Manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam setiap botol air mineral merupakan jawapan kepada perbezaan harga ini," katanya. Secara umum, pengilang tidak menetapkan harga dan ia ditentukan oleh peruncit. Jika dilihat di pasaran ketika ini, harga air mineral hakikatnya tidak terlalu jauh beza dengan air minuman.Sumber KOSMO

Abu Luqman , itulah yang dapat membezakan antara air mineral dan air ro. Air mineral memanglah mahal sedikit jika dibandingkan dengan air RO. Tapi perlu diingat kalau tak silap saya, pernah pihak berkuasa menyerbu pejabat yang memproses air RO dari air paip sahaja..dan dijual dengan harga yang sama dengan air RO. Apa pun pembekal janji kira untung sahaja , kalau pengguna sakit belakang kira. Abu luqman dulu minum air paip dan mandi air telaga sahaja di kampung..orang kampung dulu makan , minum air mata air dari telaga lebih baik dan ada barakahnya. Kalau tinggal kat tepi gunung ka bukit ke..memang best dapat air dari mata air bukit..fresh ..Bersyukur kepadaNya yang telah menganugerah kepada kita air yang banyak

7 comments:

Penulis Rindu said...

air minuman yang terbaik, ialah air dari mata air dari Bukit atau Gunung..

MrsLove said...

hehe...nice info.
air mineral terbaik..hehe

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

ade jugak air mineral yang rase die tak bape sedap..ermm

Keyyah said...

air dari gunung mmg sedap, siap boleh rasa akar kayu lagi...

Penulis Rindu said...

ye betul cik aida comei..ada air mineral yang tak rasa sedap..

Sweet tsour..terima ksih sudi beri komen...

Mr Paktam said...

ya la tuuu..

fKaizer said...

salah tu,.air yang terbaik adalah air zamzam dan air yang dibacakan ayat suci al-Quran,.dah terbukti.
air suling=air yang telah dididihkan,wap terhasil akan disejukkan,dan terhasil la air suling,.air ni tak ada mineral,bakteria malah oksigen y amat sedikit.kira tak berapa baguz.air mineral=air dari mata air dari gunung atau bawah tanah.mengandungi mineral dan bakteria yang sangat tinggi,.memang menyegarkan,tapi perlu dituras/ditapis berulang kali ntuk mengurangkannya,.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung