Nuffnang

Friday, May 14, 2010

Budak selamat kerana tercampak

LOKASI pesawat syarikat Afriqiyah Airways yang terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli, Libya kelmarin.

TRIPOLI, Libya - Seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun yang menjadi satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas pesawat komersial di sini dipercayai tercampak sebelum pesawat malang tersebut meletup dan terhempas satu meter dari tepi landasan terbang, lapor sebuah akhbar semalam. Kanak-kanak itu, Ruben van Assouw yang berasal dari Tilburg, selatan Belanda diselamatkan selepas ditemui oleh anggota-anggota penyelamat dalam nahas yang berlaku kelmarin.

Dia terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam malam kelmarin.Kakinya patah dan masih belum mampu menggerakkan beberapa bahagian badannya.Semasa ditanya oleh doktor dari negara mana dia berasal, Ruben yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam nahas sama menjawab: "Belanda, Belanda."Dia merupakan individu ke-14 terselamat dalam sejarah nahas kapal terbang terhempas.

GAMBAR menunjukkan Ruben van Assouw yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Tripoli, Libya kelmarin.

Pesawat Airbus 330-200 milik syarikat penerbangan Afriqiyah Airways yang dinaiki budak itu terhempas semasa bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli dan mengorbankan 103 orang.Pesawat yang berlepas dari Johannesburg, Afrika Selatan tersebut dalam penerbangan ke Brussels, Belgium.Ia berhenti sebentar di Tripoli untuk mengisi minyak.

Juruterbang pesawat dilaporkan telah memberi amaran kepada pengawal trafik udara bahawa pesawatnya mengalami masalah ketika ia mendekati lapangan terbang tersebut.Namun, siasatan untuk mencari punca kemalangan telah dimulakan semalam. - Agensi /kosmo

Abu Luqman, itulah yang dikatakan ajal mu belum tiba..Allah maha kaya..berbanyaklah berdoa pada hari jumaat ini..lokasi posting...Dewan Convention Felda Trolak..Sungkai Perak.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

Khairun Nisa Jalani said...

budak tu stil pjg umo lg.. allah maha kuasa..

Penulis Rindu said...

allah hu akhbar..kekuasaan allah dimana mana

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung