Nuffnang
Tuesday, June 22, 2010
Ok Bungaku, Kenapa Kau Kembang Hanya Semalam
Oh Bungaku, Kenapa kau kembang hanya semalam, Abu luqman pun hairan la..itulah anugerah Allah..kembangnya pada sebelah malam pulak tu.8 malam..sampai jam 9.00 pagi je..lps tu dia menguncup balik. Gambar bunga buah Pitaya ( Dragon Fruit )ini diambil di hadapan rumah ABu Luqman.
Bagi anda yang tidak mengenali buah pitaya, tentu ingin tahu bagaimana rupa dan rasanya buah ini bukan? Buah pitaya yang belum matang berbentuk bulat dan terdapat dalam tiga warna yang berlainan. Kulitnya seakan buah nenas, tetapi lebih lembut dan dilitupi dengan bunga-bunga yang berwarna merah. Biasanya, sebiji buah pitaya boleh mencecah purata berat dari 150 hingga 500 gram. Buah pitaya berwarna hijau ketika belum matang dan bertukar kemerahan menandakan buahnya telah matang dan sedia dipetik.
Buah pitaya ini bukan sahaja sedap dimakan tetapi khasiat yang terkandung di dalamnya juga banyak dan ianya berguna dari isi sehinggalah ke batang pokoknya. Keunikan buah ini ialah setiap satunya mengandungi khasiat yang berlainan untuk kesihatan.Buah yang berisi putih dan merah jambu kaya dengan serat, vitamin C dan B serta beta karotin yang tinggi. Manakala, buah pitaya yang isinya merah jambu dikatakan berkesan untuk awet muda kerana antioksidan (anthocyanim) yang terkandung didalamnya tinggi dan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas. Buah pitaya berisi merah dapat membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi manakala kelebihan buah pitaya yang isinya kuning pula terletak pada rasanya.
Selain buah, bunga-bunga pada pokok ini juga boleh dimakan. Bunga yang masih segar boleh dihidangkan sebagai salad, sup ataupun digoreng, manakala daun yang kering pada hujung buah yang hampir masak boleh dikeringkan dan kemudian dikisar halus dan dibuat minuman seakan teh. “Selain dimakan secara mentah, ianya boleh dijadikan jus, jem, pai, jeli, sirap dan cuka kesihatan,” .Buah pitaya merupakan buah yang tahan lama dan boleh tahan segar selama 2 minggu. Jika disimpan dalam peti sejuk buahnya boleh tahan sehingga 2-3 bulan tanpa menjejaskan rupa luaran buah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Share on linkedin Buaya tersebut dengan santai merangkak di tengah jalan di sebuah kawasan kejiranan ketika cuaca hujan. - Instagram JAKAR...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
10 comments:
Syukur ke hadrat ilahi kerana..buah pitaya berbuah kali ketiga dah.
buah peberet ku..buah naga.sedap tu..
sy sgt2 suka dragon fruit ni..
bnyk kebaikannya
itulah tnda kuasanya tuhan..
sdpnya..nyum2..
br tau nama lain buah naga is buah pitaya..
Makacek Semua yg bagi komen..buat ini berasal dari vietnam
salam.
sedapnya buah naga tu
buat jus sedap..
oooo...bru krole tau nme len buah ni..nice en3 wak...
Baru paham nih kembang hanya semalam. Mungkin ini namanya buah naga untuk obat panas dalam.
Post a Comment