Nuffnang

Friday, July 16, 2010

Garam , Walau Pun Masin Kau Amat Berguna





Inilah caranya para petani mengusahakan garam secara tradisional sejak hampir 100 tahun lepas di Kampung Keresik, Pattani. - Foto BERNAMA

PATTANI, THAILAND: Sebagai antara negara pengeluar padi utama di dunia, bendang padi sudah tentulah menjadi pemandangan biasa di Thailand.
Bagaimanapun di Pattani, selatan Thailand, penduduk tetap turun ke bendang tetapi yang diusahakan ialah garam.
Di sini proses menghasilkan garam masih dilakukan secara tradisional dengan menggunakan air laut sebagai bahan utama mengeluarkan garam berbuku (garam jantan) yang dihasilkan dalam petak sawah.
Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di wilayah ini mengusahakan bendang garam dengan keluasan tanah lebih 2,000 rai (satu rai bersamaan 0.2 hektar).

BAGAIMANA GARAM DIHASILKAN
Menurut pengusaha bendang garam di Kampung Lamdok, Bisim Mamat, 45, proses menghasilkan garam perlu dilakukan ketika musim kemarau. Proses menghasilkan garam dari air laut diusahakan secara tradisional sejak hampir 100 tahun lepas.
Sebelum air laut dimasukkan ke kawasan petak yang dikhaskan untuk menghasilkan garam, air berkenaan perlu terlebih dahulu dijernihkan hampir sebulan di dalam satu kawasan petak sawah yang lain tetapi berdekatan dengan petak yang bakal menghasilkan garam.

"Setelah sebulan air laut dijernihkan, barulah dilepaskan ke petak bendang yang bakal menghasilkan garam dan dibiarkan selama seminggu sekurang-kurangnya," katanya.

PETAK GARAM
Pengusaha garam di wilayah ini hanya menggunakan alat penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan untuk mengumpulkan garam yang masih terendam air di dalam kawasan petak sawah.
Menurut seorang pengusaha di Kampung Kuing, Pattani, Ismail Ahmad, 50, jika hujan lebat berlaku, penghasilan garam akan terbantut dan berkurangan kerana kepingan garam di permukaan air dan di dasar bendang akan hancur, tetapi jika cuaca panas garam terhasil dengan banyak.
Bagi setiap petak hampir 10 x 20 meter luas, pengusaha garam mampu menghasilkan hampir 50 kilogram garam buku yang bersih, dijual dengan harga RM1 segantang.

UBAT KESIHATAN
Seorang lagi pengusaha bendang garam Abdul Kadir Nik, 60, berkata garam dari air laut ini dipercayai mampu menjadi ubat tradisional terutama untuk penyakit kulit.
Beliau yang merupakan generasi kedua mengusahakan bendang garam ini juga yakin perusahaan garam daripada air laut ini mampu bertahan lebih lama.
Menurut Abdul Kadir, ramai pelawat dan pelancong yang datang ke kawasan bendang garam di sini dan membelinya untuk dibawa pulang dalam kadar yang banyak kerana mahu dicampur menjadi ramuan ubat pada sabun mandi bagi tujuan melicinkan kulit serta menghindarkan penyakit kulit.
"Ada pengusaha alat kecantikan dari Malaysia yang menghasilkan bahan mencuci badan untuk kaum wanita menggunakan garam yang dihasilkan di sini sebagai bahan campuran di dalam produk keluaran mereka," katanya.

20 comments:

Penulis Rindu said...

salam..walaupun murah harganya..kalau tak ada garam tak berselera kita.

asked said...

mak aihh..
sush gak wat garam ni...

Hazzy Ishak said...

rumit jugak nak hasilkan garam ni ye.

Entry terbaru dari Hazzy,
Makan durian dengan nasi. Pelik ke?

mira_nas said...

hurm... setiap benda ader pro n cons.. moderation is better..

ira mohd said...

haha. garam~
perghh. gud info laa der~
=))

XYZ said...

btol2
mst ltk sket garam gak wlaupon bkn utk memasinkan

Penulis Rindu said...

garam oh garam , engkau dimana

yahaya said...

pernah tgk dokumentari tentang buat garam ni...mmg rumit..

Anonymous said...

ooo...
mcm tu...
skang bru tau

edy said...

wah nice info ... baru tau cara pembuatan dia camne

Penulis Rindu said...

buat la ni kat malaysia tak ada lagi

ASSOYFINGER67 said...

aku pernah tengok satu dkumentri betapa susahnya mereka yang bekerja mengumpul garam.....masalah transport yang akan cepat rosak dan berkarat...namun kita hanya mendapatkannya dengan senyuman saja di kedai2...garam..tanda kebesaran ALLAH juga..

Moja said...

nice info...

sud@is said...

haa... ni dia cara garam dihasilkn rupanya.
kita pndai mkn ja, x penah pikir cmna terhasil
nice sharing..

Siti said...

baru tau camtu rupenye nk hasilkan garam..huhu

Kaseh NazLieza said...

xde garam lauk apa pon jd xsedap..uhuuu

Anonymous said...

kurang kan garam & gula dlm makanan...utk kesihatan..

Unknown said...

OOo.. baru tahu bagaimana garam di hasilkan.. :)

Pencacai Alim said...

owh camtu garam diproses..aku ingat masing2 bawa penapis pastu tggu ombak dtg..ahaks!!!

AishaDIYanything said...

ayat selalu kita dengar sal garam.. " aku lebih banyak makan garam daripada kau "........ hehehehehe

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung