Nuffnang

Friday, July 30, 2010

Sambut baik Perkeso jual saham Carlsberg

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjual semula 2,155,700 unit saham dari syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam di Dewan Negara semalam memberikan gambaran positif terhadap tindakan PAS yang selama ini menuntut agar Perkeso menjauhi perniagaan arak demi kepentingan awam yang telah mencarumkan hasil titik peluh mereka yang halal kepada agensi berkenaan.

DPPWP, katanya menyeru agar semua pemegang saham dalam syarikat-syarikat arak dan judi di negara ini mengambil langkah yang sama dengan menjual semua saham dan kepentingan mereka.

“DPPWP juga menyeru kepada kerajaan terutamanya Pakatan Rakyat supaya mengetatkan penguatkuasaan undang-undang penjualan arak agar ianya tidak dijual secara terbuka dan dihadkan kepada bukan Islam sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kewujudan premis penjualan arak serta pemborong juga perlulah dihadkan mengikut keperluan masyarakat setempat dan tidak diluluskan sewenang-wenangnya.

“DPPWP juga terus mendesak agar pihak berkuasa kerajaan tempatan di seluruh negara tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka di premis 7 Eleven dan premis peruncitan yang lain,” ujarnya.

Harakahdaily.net



5 comments:

Penulis Rindu said...

syukuran akhirnya pihak kerajaan menjual semua sahamnya dlm syarikat arak melalui perkeso

ASSOYFINGER67 said...

Semuanya datang dari Allah atas doa umat Muhammad yang ikhlas dan sedar...harta dunia bukan segala2nya tapi setiap kejahatan atas dibalas walau sebesar mana pun di mashyar nnt...Subhanallah!Allah huAkbar!Alhamdulillah....

Gen Fujita said...

Baguslah, patut dari dulu dah buat, tapi takpe, yg penting buat. Kalau tak boleh selepuk sekelip mata, buat sikit2.

Penulis Rindu said...

terima kasih ..kpd assoy

Gen fujita makacih ye..yg penting mereka telah sedar walaupun sudah puluhan tahun melabur dln kilang arak

ibunoor said...

Salam,

Alhamdulillah...moga kita terhindar dari segala bentuk maksiat...amin.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung