Nuffnang

Friday, August 6, 2010

Adakah Telefon Blackberry Sebagai Pengintip ?


Indonesia nafi larang telefon BlackBerry

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam menafikan untuk mengharamkan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry seperti yang dilakukan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Jurucakap Kementerian Komunikasi, Gatot Dewa Broto dalam satu kenyataan memberitahu, pemerintah Indonesia telah meminta pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) supaya membuka sebuah pusat pengendalian data di negara itu.

"Adalah tidak benar bahawa kami merancang untuk melarang perkhidmatan BlackBerry di Indonesia. Kami cuma menyarankan supaya RIM membuka pusat data di Indonesia supaya pengendalian data tidak lagi perlu melalui Kanada," katanya.

Sebelum ini, UAE dan Arab Saudi menyekat perkhidmatan BlackBerry kerana bimbang maklumat yang dihantar dan disimpan di beberapa pangkalan data di Kanada boleh dipintas pengganas atau penjenayah.

Setakat ini, terdapat kira-kira 1.2 juta pengguna BlackBerry di Indonesia. - AFP .Untuk rujukan rakan blogger boleh baca di akhbar nari ini atau semalam.......


8 comments:

Penulis Rindu said...

berkemungkinan ia..kerana pemiliknya ialah dari syarikat britain..untuk intip pejuang Islam d Timur tengah

Anonymous said...

ape2 boleh berlaku dgn kemajuaan Teknologi kan..

diraja22 said...

beringat sebelum kena baik..

cikpia said...

macam2 dunia skang nie/...... makin canggih makin nyusah....

nidus2 said...

Baru nak tengok2...jangan2 dakyah nak melariskan jualan jer kot.

Penulis Rindu said...

nidus...diharap tuan search kat it...cari kenapa saudi haramkan blackberry..

Nota : sbb tu osama bin ladin tak pakai telefon celular

.. said...

i'm the one use blackberry..rasanya m'sia kena band tak bb ni?huhu...

Abu Luqman said...

tapi Malaysia tgh buat kajian...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung