Nuffnang

Tuesday, August 3, 2010

Awang Hitam jual emas palsu..lagi lagi Pekena Orang


ABDUL JALIL (kiri) menunjukkan serbuk emas palsu yang dibeli oleh seorang peniaga pada sidang akhbar di Ampang semalam.

AMPANG – Seorang peniaga kini hidup dalam keadaan tertekan apabila bukan sahaja ditipu sebanyak RM80,000 oleh satu sindiket warga Afrika yang menjual serbuk emas tiruan malah, turut diburu rakan kongsi yang menuduhnya menipu.

Kejadian berlaku 29 Julai lalu di kawasan tempat letak kereta Waterfront, Ampang di sini apabila peniaga berusia 41 tahun dari Mantin, Negeri Sembilan membayar harga tersebut kepada dua lelaki Afrika terbabit untuk membeli serbuk emas yang disangka tulen.

Difahamkan, mangsa telah terpengaruh apabila ditawarkan oleh sindiket untuk menjual satu kilogram emas tulen berharga RM80,000 yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM125,000 sebulan sebelum itu.

Pada pertemuan pada 29 Jun di lokasi yang sama, suspek telah menguji ketulenan sampel serbuk emas tersebut di hadapan mangsa bagi meyakinkan peniaga itu.

Ketika itu, suspek dipercayai membawa serbuk emas tulen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa hanya menyedari telah diperdaya selepas melihat serbuk yang diberi sebaik tiba di rumahnya.

“Mangsa terkejut apabila mendapati serbuk tersebut rapuh berbeza ketika ditunjukkan. Dia kemudian baru teringat mengapa suspek terus melarikan diri dan membuang bungkusan yang mengandungi serbuk itu sebaik mendapat wang ketika bertemu di Ampang Waterfront,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

11 comments:

Penulis Rindu said...

pak hitam nie , memang haru la..awat orang kita dok pecaya ..ya

mira_nas said...

adoi... cemana la..xkan la boleh jual gitu2 je.. lagi selamat bli kat kedai kot??

Unknown said...

ades. org xkan terkne tipu kalau pkir pjg. isk2.

cuz said...

gila bahaya sekarang ni..warga asing pun berani menipu yer..kene lebih berhati-hati ni..

Anonymous said...

org kite mudah sgt terpedaya!

Fiz said...

xde keje lain ke awang hitam tuh..klu xde, meh keje dgn aku nih..huhu

♥xaturen♥ said...

rasanya memang banyak kes awang hitam yang tak baik ni.. macam mana depa leh masuk sini?

sepatutnya ada kawalan yg ketat bagi mana-mana warga asing yang nak masuk sini..

ada peribahasa yg berbunyi: dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang.
sambung jangan tidak...khe..khe..

Penulis Rindu said...

wahai pihak yang berwajib..tolonglah rakyat Malaysia nie

Penulis Rindu said...

wahai pihak yang berwajib..tolonglah rakyat Malaysia nie

azremy said...

negro ni pandai amik peluang kalu
kita alpa

Anonymous said...

orang tamak selalu rugi
kena pusing oleh pak itam

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung