Nuffnang

Wednesday, August 18, 2010

Buat Jahat Tak Ke mana , akhirnya Suspek simbah asid direman



SUSPEK kes simbah asid terhadap empat beranak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam untuk direman.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian simbah asid sehingga mencederakan empat mangsa termasuk isteri dan dua anaknya Ahad lalu direman selama enam hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Mohd. Erman Che Mat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdekatan kawasan semak berhampiran Kampung Poh dan Kampung Pasir Nering, Kuala Berang dekat sini pada pukul 12.55 petang kelmarin.

Menurut beliau, ketika ditahan polis turut menemui sebilah pisau sayur dan sebatang jarum suntikan dadah dalam poket seluar lelaki itu.

9 comments:

Penulis Rindu said...

itulah ..fikir dahulu sebelum melakukannya.

Gen Fujita said...

bila dah bawah pengaruh dadah, fikiran pun jadi tak waras

HaN WarreN said...

aduhai bapak budak ni...bodoh melantun2...nak je aku tikam ngan pisau...

Che Armster said...

ini orang patut kene ikat belakang kereta pastu seret kat jalan tar je

Unknown said...

takut btol ngan org mcm ni...mintakla dijauhkan...huhu

Penulis Rindu said...

nie semua keja gang mat gian...tak dpt duit anak isteri di pukulnya

Abu Aiman said...

semoga dia mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Kesian kat anak bini..

XYZ said...

adoi fenin mcm2 perangai manusia skg ni huh

Penulis Rindu said...

apa pun Pegangan Agama kena kuat

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung