Nuffnang

Sunday, August 29, 2010

Bulan Puasa Pun Berjudi, 12 lelaki asyik berjudi ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 lelaki yang sedang asyik berjudi, serta satu pasangan suami isteri yang dipercayai menjadi penganjur judi haram di rumah mereka, dalam satu serbuan “Ops Dadu” di Taman Bahagia Jaya, Sentul, lewat malam tadi.

Ketua Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat D7 Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah berkata, dalam operasi yang sama pasukan itu turut menahan 10 wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Taman Usahawan Kepong.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada kira-kira pukul 11.50 malam, 12 lelaki berumur antara 20 dan 56 tahun ditahan semasa sedang asyik bermain judi “belangkas”.

"Siasatan awal mendapati rumah pasangan itu sering dikunjungi kaki-kaki judi yang merupakan kenalan mereka sejak tiga bulan lepas dan mereka hanya beroperasi pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM1,526 yang disyaki wang pertaruhan, papan judi “belangkas” dan peralatan lain yang digunakan dalam perjudian itu.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di Taman Usahawan Kepong, Razali berkata, premis tersebut yang berselindung di sebalik perniagaan urutan tapak kaki, jelas melanggar permit perniagaan di premis berkenaan.

"Seorang penjaga premis berusia 45 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata semua 10 wanita berumur antara 22 dan 35 tahun yang ditahan di premis itu didapati memiliki dokumen perjalanan yang sah, namun mereka jelas menyalahgunakan pas lawatan sosial apabila mereka bekerja sebagai tukang urut. – Bernama

7 comments:

Penulis Rindu said...

wahai orang Islam Hidup lah sebagai Islam yang sempurna

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..jangan lupa
zakat fitrah tahun ini?

XYZ said...

mcm2 hal la org kita ni

mimi said...

semoga mereka dapat dibukakan hatinya menuju ke jalan yang di Redhai..
amin yarobbal alamin

afzan said...

itu baru berjudi.. belum yang lain2 lagi tu..

D.I.H said...

Salam...

Dah tak ada kerja kot tu....

Anda di Tag.sila ambil di sini:

http://akuiza.blogspot.com/2010/08/tag-dari-ma.html

tehr said...

salam ziarah
didiklah hati ke arah amal kebaikan bukan ke arah amalan kejahatan

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung