Nuffnang

Monday, August 9, 2010

Saman Ekor, Di mana Kesudahanya


Salam Buat Semua,

Sekarang ni sebuk diperkatakan mengenai saman ekor, pernahkan anda kena saman ekor? Di katankan bayaran saman ekor yang tak dibayar bernilai RM 10 juta..

Saman ekor yang dikenakan kepada pemandu yang dikatakan memandu laju itu benarkah ianya betul-betul tepat? Ini kerana pihak PDRM menggunakan Alat Perangkap Had Laju. Persoalannyan adakah alat itu telah dibuat Kalibrasi ( calibration ) sebelum digunapakai dan berapa kerapkah ianya di kalibrasikan dalam tempoh setahun? Ini kerana ramai yang menjadi keliru dan marah apabila menerima saman ekor dan ditahan kerana memandu laju untuk disaman di Lebuhraya Utara-Selatan .

Sekiranya Saya dikatakan memandu melebehi hadlaju sehingga 115 km/j walhal odometer kereta saya menunjukkan sekitar 110 - 113 km/j. Apabila saya bersoaljawab dengan pegawai polis bertugas dia tak jawap dan saya dilepaskan. Tapi kadang kala kita masih keliru kerana ada orang menerima saman ekor ditempat lain. Untuk makluman saya adalah seorang 'pemandu berhemah' dan sentiasa menurut had kelajuan yang ditetapkan dimana-mana jalanraya iaitu sentiasa memastikan meter odometer kelajuan kereta saya didalam hadnya. Apabila kena saman; saya persoalkan tentang ketepatan mesin perangkap hadlaju yang digunakan olih PDRM itu telah dibuat kalibrasi yakni memastikan jika kelajuan yang diperangkap itu sama dengan kelajuan odometer kereta berkenaan.(benchmarking).

Kadang kala kelajuan ditambah dengan kelajuan orang lain atau rosak. Yang paling malang ialah kereta kita dipinjam oleh orang lain, atau kereta yang menggunakan no plat palsu...ini yang tidak dapat terungkai buat masa kini.. akhir kata pakat pakat bawa perlahan la..

14 comments:

Penulis Rindu said...

abu luqman ..bawa kete 11o km je..kdg kdg bawa 130 test power...

Cikgu Dahlia said...

erk ada sekor tahun 2005... tapi so far renew road tax lepas jer.. :)

Ilyanahafizz said...

saya seorang akak gomen yang sangat lembap memandu kancil..

menambah lebih kelajuan dengan sentra


tapi berubah menjadi perempuan ganas apabila memandu honda!

mungkin kesedapan kereta menjadi faktor ekor2 itu bertambah dari tahun ke tahun..

Penulis Rindu said...

he he he ..semua kena ye

HaN WarreN said...

saya dah kena 1 kat lachang temerloh tahun lepas...besa la test power kejap 150km...xsampai 10 saat pun last2 kena tembak hampeh tol..

kaizen shinobi said...

malaysia~ hehehehe

nak wat cne? hehe

kakngah said...

che abg kene gak seko..
lps tol sg besi
tah dr celah mana la depa skodeng..

mama qistina said...

kalau bawak perlahan kena tembak gak camno tu.....hehe....

Penulis Rindu said...

biasa sekali kena sekor.....jln 2 90 lari 110 kena la....puas merayu ..dia sign gak

Afida Anuar said...

Ayah nasihat kalau bawa kat highway, jangan lebih 120km/j. Highway kan hadlaju 110Km/j..ayah kata lebih 10 polis tak saman...hehe. Tu ayah saya la yang kata..waAllahualam..

alhamdulillah setakat ni bawak 120 pun tak pernah kene saman lagi. Berkat ikut cakap ayah kut..kut..err.

Apa pun itu la..patut kena kaji balik, ni sibuk isu nak senarai hitam pulak kereta yang tak bayar saman. aduhaii..

Elvindinata said...

saman ekor tuh ap ya ,,,bang ^^..saya tak mengerti hehe,,,, kunjungan dari INdonesia :)

LiFe KaMi said...

selalu dekat jambatan,tips nya nampak jambatan slow skit 100 ke pastu pecut blk..hehe

Nael said...

Member sya gi ambik saman ekor tu kat Balai.. pastu mintak kes tu dibicarakan... Majesterit tu bagi Diskaun RM30.00 sekeping!.. huhuhu

suhaimimd said...

mengikut rakan yang rapat dengan mahkamah, segala jenis saman tak kira la ekor, ker kepala ker, parking ker, yang tidak ditandatangan tidak perlu dibayar. Tetapi yang lecehnya kena naik mahkamah dulu la...

Tp pakcik setuju la dgn pandangan ko bahawa speed camera tu perlu dikoloborasi (betul ker ejaan nis). Dan mengikut pengetahuan pakcik speed camera perlu diluluskan oleh Unit TImbang dan Sukat setiap hari sebelum digunakan.

Pakcik pernah kena gak saman ekor ni, 3 kali seumur hidup.
1. masa nak hantar isteri bersalin (RM70)
2. zon 60kmj, lari 78kmj.(RM300+RM150 saman lambat bayar)
3. entah biawak mana guna no. plate pakcik lak... keter berada di Rompin, saman di Kota Bharu(RM00 terpaksa gi check kat PDRM KB)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung