Nuffnang

Wednesday, September 22, 2010

Terkini ...Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap..


Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap.Pulak Dah....jangan kantoi dah

Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya.

Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). sumber - Bernama..Malaysiakini

10 comments:

Cikpuan Qiqi said...

waiting the DNA result...hurmm

mama affan said...

pantas biar tepat..jgn biar kes kalah kerana kesalahan teknikal..

Haw said...

dah ada bunga2lah tu..

Penulis Rindu said...

ha kacau bilau.....minta buat laporan betul betul ye

Nurulbadiah Lai said...

owh..many case lose kat court bacause kesilapan teknikal mcm ni la..siasatan polis xlengkap..evidence xkukuh..even si tertuduh sudah benar2 melakukan that crime..but then..because of those silly mistake..die boleh terlepas..so sad..

sgt banyak berlaku mcm tu..hopefully si penjenayah kena hukuman yang setimpal..but at the same time..saya sgt takut kalau2 die boleh terlepas..he was a well-practising lawyer..he knows everything about the law..die jugak mahir dlm menghapuskan bukti..mahir dlm undang2..so..die sgt tahu mcm mane mahu memanipulasikn kelemahan2 yng ade dlm siasatan..

huhu

Anonymous said...

*suh jelh team CSI siasat..

Rose kakrose said...

dah mula risau..huuhu..
Harap semua mangsa dpt pembelaan sewajarnya..

sud@is said...

sama cam kes bunuh dan letup..yg ni bunuh bakar

Unknown said...

yang penting pakcik kat atas tu hensem..huhu

Penulis Rindu said...

tq semua ye...semoga penjenayak terbabit dapat hukuman yang setimpal degan apa yang telah mereka lakukan

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung