Nuffnang
Wednesday, October 27, 2010
Hebat ye ...Pemuda cipta rekod naiki papan selajunya
MISCHO ERBAN bergerak dengan papan selajunya.
DENVER - Seorang pemain papan selaju memecahkan rekod dunia sendiri apabila dia menuruni bukit selaju 130.08 kilometer sejam (km/j) di sebuah lokasi rahsia di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Dengan memakai sut kulit dan berbekalkan keberanian serta graviti, jaguh papan selaju berkenaan, Mischo Erban memecahkan rekodnya sendiri pada 30 September lalu.
Erban, 27, memecahkan rekodnya sebelum ini iaitu 113 km/j dalam percubaan tersebut yang diawasi oleh Persatuan Sukan Graviti Antarabangsa (IGSA).
Dia yang menetap di Vernon, Kanada, menaiki sebuah papan selaju panjang dengan posisi berdiri, kepala ke depan manakala kedua-dua tangannya berada di belakang bagi mencatat rekod baru tersebut.
Rekod dunia itu dicatat sepenuhnya dengan menggunakan graviti tanpa bantuan mekanikal. - Agensi..KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
-
Gambar Hiasan Google SAYA isteri dan ibu kepada dua anak perempuan berusia 8 dan 6 tahun. Saya mempunyai masalah dengan suami seba...
3 comments:
Itulah anugerah Allah
mau patah riuk kalau terbabas tue...
pehh laju tu kalo tersilap maut patah riuk hehe pasni jemput dia pech rekod menuruni genting highland hehe
Post a Comment