Nuffnang
Friday, November 5, 2010
Banjir di Kedah, Perlis kian buruk...Pagi Nie Hujan Masih lagi Turun
Sebahagian besar bandar raya Alor Setar ditenggelami banjir manakala beberapa batang jalan utama ditutup kepada semua kenderaan semalam.
ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.
Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.
Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang....Kosmo..
Abu Luqman...pagi nie call abang iapar di Alor Setar..hujan masih lagi turun...manakala kawasan yang tak pernah air naik..(banjir ) pun sudah mula dinaiki air...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
Suspek mencurahkan minyak petrol ke atas isterinya. - Agensi LAGOS – Polis negeri Ogun di barat daya Nigeria menahan seorang lelaki yang did...
7 comments:
huhu.makin burukkk...ape la khabar2 kawan2 y yang g langkawi mlm tadi..huhuhuhu.
terkini..baru je dapat cal dari kawan...alor setar ..x leh masuk.. ayak naik ...dugaaan..........
ye pg td ujan turun lebat jgk le..nsib le die benti gak ..syukur sgt
erm..bnjir oh bnjir..cane nk balik kg kt rntau pnjang ni...da la nk rya da..tp da biasa da..
musim tengkujuh dah datang...sambutlah dgn tangan terbuka walaupun dlm hati tak merelakannya
semoga.keluarga dan sahabat kat sana tabah menghadapi ujian ni
salam..
sedihnya mengenangkan
nasib saudara ku di AS
ada yang banjir sampai
ke bumbung rumah..
Post a Comment