Nuffnang

Tuesday, November 23, 2010

Kerana nak kaya...Jelapang padi Kerian terancam



BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di kawasan berdekatan.

Abdul Rahman Ahmad, 62, berkata, pihaknya telah membuat aduan beberapa kali kepada pihak berkuasa mengenai masalah tersebut yang bermula sejak sedekad lalu.

Beliau yang merupakan Ketua Kampung Parit Simpang Lima bagaimanapun berkata, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pengusaha kolam ternakan ikan tersebut.

"Kami tak kisah kalau kolam tersebut masih ingin beroperasi sekiranya ia mendatangkan keuntungan kepada kerajaan atau mana-mana pihak, tapi tolonglah fikir masalah kami.

"Mereka dapat berjuta-juta, kami ini hanya petani yang cari makan sesuap nasi. Tapi kalau beginilah caranya, periuk nasi kami boleh lingkup," katanya.

Nota: kalau kita naik kenderaan melalui lebuhraya utara selatan ..bila sampai dekat bukit merah R & R sebelah kira atau kanan , kita boleh melihat jelapang padi telah di gali untuk dibuat kolam bagi pembiakan ikan arowana. Masalahnya ialah sekiranya berlarutan serta tidak ada pencegahan awal..saya berpendapat semua bendang kawasan itu akan terancam serta pengeluaran padi daerah Selama Perak akan berkurangan. Semua orang mahu kaya...tapi selepas ini ..projek ikan lingkup sawah habih musnah....

20 comments:

Abu Luqman said...

banyak kolam tumbuh macam cendawan

zaL_cdpx said...

nie la namanyer sistem kapitalism dmana yg kaya trus mahu jd kaya tanpa memikirkan org bawah n org bawah yg susah mnjadi semakin susah !

MsErma said...

manusia skang...

mama affan said...

kena la ada perancangan baik..x ka nak hidup sng atas kesusahan org lain..

Abu Luqman said...

teima kasih

zal_cpx

Ms Erma..

manusia fikir wang je

mr.curly said...

salam bro..prob kt sbox..sori

Dinaz said...

nk kaya jgn tindas org lain..kenapa sawah padi jd korban, kaw tasik tu kan besar??...tak pandai la aku...bela ikan dlm aqua pon cukupla...

aibaks said...

aduh bro.. awat rini shoutmix rosak?

Unknown said...

memang banyak kolam nih./... aku rasa mcm nakbela sekor la arowana nih..:D
kuman "Tornado Desert Storm.." Entry

nidron said...

shoutmix hari prob.. sama mcm saye punya gak.. fening susah nak bw

Abu Luqman said...

memang benar c box problem huhu

abu luqman said...

salam semua.. kena guna Mozilla fire fox buat semntara waktu..

Anonymous said...

pemodal sentiasa mahu menggandakan keuntungannya.. kesian petani2 kampung

Abu Luqman said...

terima kasih en hisyam....kite kesian kat petani je

King Of Single said...

aiyaakk..
ini macam mnsia atas laa untung.
bertimbang rase r sikit kat mereka yg bsusah payah d bwah ni

Abu Luqman said...

makasih ..king og single

ingat jgak hang kat orang kampung ye...

ASSOYFINGER67 said...

salam AL...2030 negara kita akan diancam bahana kekurangan makanan jika kita tak ambil langkah dari sekarang.....kita lalai di akhir zaman....asyik kejar duit jer...iskkk...

dya adriza said...

mcm tu la bila dah kaya kono semua benda boleh buat. bukan dia yg tanggung petani2 tuh. huhh! emo plak aku nih~

Kak Mahh said...

Biasalah DUIT lebih penting zaman sekarang...

Abu Luqman said...

terima kasih

assoy
dya adriza
zmah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung