Nuffnang
Saturday, November 20, 2010
Mekah dilanda banjir...Mungkin Ada Hikmahnya
BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.
MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.
Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.
Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.
Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.
BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.
Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.
Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.
Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi..KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
RAKYAT Malaysia terpaksa membayar sehingga puluhan ribu ringgit sekiranya terlibat dalam kemalangan di Thailand. ALOR SETAR – Rakyat Malay...
-
Tangkap layar menunjukkan wanita memakai pin ‘Ibu Hamil’ yang tamat tempoh di dalam tren. - Instagram JAKARTA – Perbuatan seorang penumpa...
-
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 thn.. Pada pemimpin Sabah dan Sarawak.. Selamat Mengumpul harta BERBILLION BILLION..!!! li...
-
Sebuah syarikat di China menyusun wang RM38.28 juta sebelum diagih-agihkan kepada pekerja. - Foto SCMP Composite BEIJING – Sebuah firma Ch...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
13 comments:
mungkin ada hikmahnya..kita tidak tahu ye
salam,
hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik kejadian ini
maka cheh ibu intan..kita berserah kepada Allah
maka cheh ibu intan..kita berserah kepada Allah
moge baek2 saje...
terima kasih uruchimaru
menurut sayangku. yang berada di sana banjir kilat di mina / mekah satu hari je...
salam..
Subhanallah..
ALLAHu akbar...
pasti ada hikmah-Nya
..Allah hu akhbar 3 x walilla hil hamd....kita merancang Allah adalah sebaik baik perancang
yup..ALLAH MAHA MENGETAHUI
setiap kejadian itu tiada yg sia2 ;)
ma kaceh king of single
semoga jemaah haji sihat2 dalam mengerjakan tuntutan ke5...setiap yg berlaku pasti ade sebbnya..dan Allah maha mengetahui
makaceh azwa amani
Post a Comment