Nuffnang

Tuesday, March 15, 2011

Ezany Nizariff Sudah Ada Kilang Kicap, Belacan Sendiri


Ezany Nizariff

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany.

Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

"Alhamdulillah, segala penat lelah dan kesabaran saya dan isteri berhasil. Semakin lama, jenama kicap dan belacan Ezany diterima ramai dan ia kini dijual di beberapa pasaraya seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.

"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih, saya tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

"Contohnya, bekas kicap yang sebelum ini hanya menggunakan botol plastik kini ditukar kepada kaca dan belacan pula saya jadikan ia kepada serbuk dan kiub. Ini semua untuk membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut," katanya.

Selain perniagaan kicap dan belacan, Ezany turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.

Tambah Ezany, perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya.

"Memang bukan mudah untuk membahagikan masa. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terdaya. Kiranya, jika habis sahaja penggambaran, saya akan terus ke pejabat untuk buat apa yang patut.

"Isteri juga membantu dan selain itu saya memiliki empat orang pekerja yang menolong menjalankan perniagaan ini," ujarnya.

Kata Ezany lagi, dia menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.

Sementara itu, Ezany kini muncul menerusi drama Kemboja Putih di slot Legenda TV3 yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang. MASTAR online

Ulasan.tahniah ezany walaupun sudah berjaya dlam bidang lakonan, kamu mencuba dalam bidang perniagaan , demi untuk masa depan disamping memberi peluang kepada orang lain bekerja..

20 comments:

AngahSayang2314 said...

wahhh tue org kata rezeki kan???

Penulis Rindu said...

makasih..mencari rezeki yang halal tak ape kan..

Haw said...

dah lama dah dia bg tahu pasal ni kat tv.. alhamdulillah perniagaan dia dah semakin berjaya

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

rezeki masing2 kn.. hope satu hari aku pon leh berjaya cm die.. aminnn :)

mamawana said...

Assalam,

Jenama Ezany ya. Tak pernah jumpa plak eh. Selalu beli cap kipas udang, tamin, Aminah sos... ermmm... kat Giant nanti nak gi tengok..

a loqman said...

makasih ye..
haw
top iamgine
mamawana

gurucyber said...

berniaga off line mmg best .. tapi lagi best berniaga online .. he he

orang muo said...

pelakon tu berwawasan..utk masa depan :)

Anonymous said...

jenama ape???

Anonymous said...

jenama ape???

Unknown said...

makan kicap air tangan ezani boleh kenyang bertahun2..

beruntungla orang2 yang matang bila berfikir, waras bila berkata2 & bertimbangrasa bila bertindak :)

a loqman said...

makasih
guru cyber
orang mua

Kak Imun said...

Alhamdulillah...usaha tangga kejayaan....:)

tukang taip :D said...

ana tak pernah cuba lagi belacan dia,jenama ape ea??

ghost said...

satu langkah yang terbaik bagi menjamin kehidupan pada masa akan datang.

lama mana lar artist tuh nak bertahan ye dak..

Anonymous said...

wah,bagus2..berniaga lagi bagus..

intan.maisarah said...

wow
tahniah

a loqman said...

terima kasih
lzajamil
kak Imun

a loqman said...

terima kasih

ana..ok la
cik biskut : berniaga lebih baik la

Sham said...

waa dulu tokeh belacan, sekarang sudah tokeh belacan n kicap...!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung