Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

'Spiderman' takluki Burj Khalifa..Hebatnya dia


PEMANJAT Perancis, Alain Robert (dalam bulatan), memanjat bangunan Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai semalam.
DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semalam.

Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya.

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat.

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.

Sejak itu, Robert telah memanjat lebih 80 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Taipei 101 di Taiwan.- Reuters

Nota..Mr Robert ni, pernah datang ke Malaysia dan panjat menara Petronas, tetapi ia dihalang oleh pihak berkuasa, atas alasan keselamatan.

14 comments:

Penulis Rindu said...

wow hebat kawan kita ni

Unknown said...

tapi die still tak dapat panjat klcc hehe

Pakcoh said...

erk?? setahu aku dia mmg dapat naik KLCC tetapi secara haram la..

~~su manje~~~ said...

sepaiderman malaysia......dimanakah dikau...ekekekekkekekek

Penulis Rindu said...

makasih
muse
pakchoh...betul ..tapi secara haram ye

apple hijau said...

tengok bangunan pun dah gayat... heh!

thomas said...

memang champion Alain ni,
tapi kali ni drop sikit standard sebab kena pakai body hardness dan safety rope.

Unknown said...

die dah takluk KLCC scara haram last year, hehe

a loqman said...

terima kasih

apple hijau

mr thomas

belais said...

klu x silap, dulu dia pernah panjat bangunan yayasan di sabah.

a loqman said...

terima kasih
aki
belais

Hanif said...

hahahaa.... memang spidermen la....

kegkawan jom tengok lawak 18sx plak diblog saya nie---> lawak nakal

a loqman said...

tq raja nakal

cv terminaltransit said...

menjadi pembaca setia.
http://tourbelitung-2011.blogspot.com

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung