Nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

MAIJ Dedah Bir 'Halal' Esok - Pengarah JAIJ


PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan mendedahkan jenama bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya tetapi didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak pada Selasa.

Ujian makmal oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini mendapati kandungan alkohol bir halal itu adalah sebanyak 0.5 peratus.

Ia jauh melebihi 0.01 peratus yang dibenarkan syariat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam makanan serta minuman. Jumlah alkohol dengan kuantiti itu, menurut ulama, boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, pihaknya menyerahkan kepada MAIJ untuk mendedahkan jenama berkenaan yang selama mengelirukan umat Islam.

"Minta maaf. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa. Biarlah Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Othman mendedahkan apa-apa esok (Selasa)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Zainal Abidin juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu difahamkan banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Ekoran penemuan tersebut, JAIJ kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, Jakim bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Tambahnya, pihaknya turut akan merujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas.

10 comments:

Penulis Rindu said...

macam mana bir boleh halal..Jakim kena chek ni

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

betul tu...mcm pelik pulak...bir yg halal...kalau kordial rutbir tu lain la....

-Yok mampir diluk = orang asli...di medan pertempuran dua agama..

sud@is said...

benda ni akan ada kajian bila ada sesuatu kemusykilan ......lpas tu senyap dari pemantauan dan adakah selamat...

'idun sa'idun said...

Saya perhatikan bir malt dari negara-negara Arab ni mmg byk di pasaran.. Harap2 pihak yang berkenaan dpt dedahkan jenama yang mana secepat mungkin supaya umat Islam negara ini tidak terus-terusan meminumnya.. Saya follow.. :)

Lydia Miza said...

jika benar haram...umumkan lah jenamanya cpt2.jgn berteka teki lg,ramai yg kata jenama barbican.tp klu di qatar ni barbican msh arab beli berdozen2.tak pula haram.dan mmg tulis non alkohol .tu yg jd msh pelik...huhu.pelik juga dgn status halal haram ni..walaupun saya bkn peminum benda2 ni.huhu

Penulis Rindu said...

makasih

blog anak jawer
sudais
ida saidun...
Pihak berwajib kena pantau ye

Nizam Awang Brahim said...

Kala dah bir tu haram la

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Kak tak pernah tahu, bir ada status halal. Setahu kita, bir memang haram. Rasa pelik pulak.....

a loqman said...

Terima kasih

Laydy Myza..
Jejaka desa
Kak Imun

terima kasih kepada semua. bir .haram tetap haram

a loqman said...

nama kalau bir tu..haram la

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung