Nuffnang
Thursday, December 22, 2011
Gengster mati dibunuh gengster
ANGGOTA polis memeriksa mayat Murgeso yang mati ditembak lima lelaki di Flat Laksamana Jaya, Batu Caves, Selangor kelmarin.
GOMBAK - Pertikaian untuk merebut kawasan di antara dua kumpulan gengster disyaki menjadi motif utama seorang anggota kumpulan samseng bergelar Geng 24 mati selepas terkena 10 das tembakan yang dilepaskan oleh lima lelaki di Flat Laksamana Jaya, Batu Caves di sini kelmarin.
S. Murgeso, 46, atau lebih terkenal sebagai Murugis dalam kalangan samseng di sini ditemui mati pada pukul 11.30 malam setelah ditembak di badan, dada dan dahi.
Difahamkan, buruh berkenaan dikatakan samseng yang semakin mendiamkan diri daripada terlibat dengan mana-mana perkelahian sejak tamat menjalani hukuman buang daerah pada tahun 2000.
Bagaimanapun, nafsu yang membuak untuk berebut kawasan dikatakan telah mendorong kumpulan gengster lain bergelar Geng 36 untuk menyerang Murgeso.
Sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Toyota Vios hitam tiba di flat berkenaan untuk mengambil seorang wanita, S. Krishnarni, 40.
Sebaik wanita itu membuka pintu penumpang hadapan, lima penjenayah memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol separa automatik meluru ke arah kereta berkenaan lalu melepaskan 11 das tembakan.KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
6 comments:
gengster bertemu gengster
huUuu 24 :-)
waddoh...ngernya itu...
btw buku tamu kemana yach?
bukan KL gangster kah?
buku bertemu ruas...;p
kalah kl gengster nih... hhaha.. teruk3.. pengaruh kl gengster r nih..
jom tgk falsafah ni kejap//
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/kekasih-hati.html
Post a Comment