Nuffnang
Thursday, December 15, 2011
Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk
KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.
AMEKAU
BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.
"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.
Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.
Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka .KOSMO...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
8 comments:
patut buat kt mat rempit @ malaysia ni
salam..
molek sangat la tu..
patut buat juga kat
Malaysia nih..huhu
ingat dulu kat sabah...siapa2 rambut panjang kena gunting dek polis...
Salam sahabat;
peluk cium dari hamba!
Teringin nak rasa tinggal
dalam negara yang melindungi kita dan anak2 kita dari sebarang kemungkaran...baru terasa undang2 itu berbaloi!
tq khairul zul...
bebudak la nie memang tak dengar kata
nana...makasih ye...
seri...Di Malaysia pun kena wat cam tu juga ye
Assalamualaikum Ya Sahabat.
Ini tindakan yang baik.
terima kasih sahabat
Post a Comment