Nuffnang
Tuesday, January 17, 2012
Kapten kapal ingkar arahan..Sebab tu kapal Karam
SEORANG wanita melihat kapal mewah Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio. Itali kelmarin.
ROM - Ketua Eksekutif pemilik sebuah kapal mewah yang terbalik di Pulau Giglio, Itali menyatakan kapten kapal berkenaan membuat keputusan yang tidak disahkan semasa dia cuba mengubah haluan.
Menurut ketua eksekutif itu, Pier Luigi Foshi semalam, pihaknya tidak bersekutu dengan kapten tersebut, Francesco Schettino ekoran perbuatannya itu.
Namun, kata Foshi, pihaknya akan menyediakan bantuan perundangan buat kapten kapal tersebut yang telah ditangkap pihak berkuasa.
Menurutnya, kapal berkenaan yang terbalik pada Jumaat lalu mempunyai laluan perkapalannya yang telah diprogram.
Dia berkata, alat penggera akan berbunyi jika ia berubah haluan.
"Laluan itu telah ditetapkan dengan betul. Secara faktanya, ia terkeluar dari laluan kerana satu sikap muslihat daripada komander (kapten kapal tersebut) yang tidak diluluskan," katanya.
Setakat ini lima orang telah disahkan mati manakala 15 mangsa lagi masih hilang semasa ia membawa 4,200 orang pada malam Jumaat lalu.
Kapal Costa Concordia itu terbalik selepas ia melanggar batu di pulau tersebut.
Kerja-kerja mencari mangsa dihentikan buat sementara semalam ekoran laut bergelora. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
6 comments:
kecuaian seorang ramai menjadi mangsa...
Terlajak perahu boleh diundur, terbalik kapal mmg tak blh wat ape dah...
mcm tu la nu
mcm tu la nu
Harap2 kapten bot menjoran kita selalu mematuhi arahan...jika nak jadi juga tiada daya dan usaha kita...belum ada kesempatan untuk menjoran lagi pada tahun ini....rakan2 lain akan ke Yan pada hari sabtu ini...saya akan menyusul pada 5 Februari nanti...
ni yg tambah seram nak pegi naik kapal mewah~ huhu.
Post a Comment