Nuffnang

Thursday, April 19, 2012

Alamak...Jenayah seksual naik 36 peratus..KDN..macam mana nak buat?



 – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.
“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.
“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.KOSMO
LAMAN sosial seperti Facebook didakwa antara punca kes jenayah seksual terhadap remaja semakin berleluasa.

6 comments:

Mat Indera Sipejuang said...

Yang itu kena tanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin... tapi apa nak di hairankan... sedangkan ceramah politik pun samseng berkeliaran inikan pula jenayah lain... kah kah kah.

Penulis Rindu said...

ya pihak yang bernaan kena fikir dan pantau

misyamissyou said...

macam skarang ni..semoga kita dilindungi

beckhrooy said...

perlu fikirkan jln yang lbh berkesan

IdaRaida said...

kita sendiri kena jaga diri kita sndiri..:

jaga adat batas pergaulan degn lelaki dan permpuan coz dari situ juga bley terjadi punca jenayah..jgn terlalu percaya kata lelaki baru jep berkenalan kat fb dah ikut..ha kan dah kena culik..

berwaspada..di mana2 pun bley berlaku jenayah..

Penulis Rindu said...

berhati hati ye..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung