Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

Berita sedih !!! Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Daripada Proton

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Berita sedih bagi saya...orang lain saya tidak tahu ?
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA
P/s komen dari Abu Luqman, Datuk Seri Syed Zainal Abidin yang saya kenali
Beliau juga merupakan orang kuat di salah sebuah Masjid Negeri Selangor , Zaman Beliau juga Proton Mula membayar Zakat kepada Lembaga Zakat    Selangor, selepas ni diharapkan pimpinan jenerasi baru meneruskan apa yang telah dilaksanakan oeleh beliau.
Penulis pernah mengikut kursus motivasi yang disampaikan oleh beliau, memang dinamik dan teruja.
Datuk Seri Juga kalau tak kemana mana, beliau akan solat subuh berjemaah dengan mengenakan jubahnya, susah sikit la untuk GMD yang lain.. beliau juga sering mendengar kuliah di masjid kawasan beliau. semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik kepadanya , selepas beliau keluar dari Proton

6 comments:

Penulis Rindu said...

Habis cerita..kalau CEO Proton boleh mai solat subuh berjemaah..

Unknown said...

Harap2 lepas ini Proton akan terus membayar Zakat yeee.... :P
Setelah mengetahui kebaikan Syed Zainal Abidin... sedih juga bila beliau mahu meninggalkan proton...

Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

Penulis Rindu said...

betul tu,,

Bo the Nerd said...

Baca paper pg td terkejut dgr berita ini. Sedih juga ada.

syahrul said...

Pg td Dato'sri memberi kata2 amanat terakhir beliau sebelum berangkat ke makkah.. tiba2 sayu je suasana dlm dewan proton T.Malim hmpir semua menangis dgn ucapan yg diberikan antaranya jgn tinggal solat, sentiasa brdoa pd allah, lakukan solat hajat bila ada ms trluang dan jgn amalkn rasuah.. selama saya bekerja 15thn dlm proton belum prnah ada pengurusan yg hebat mcm ni lntak la org luar nk kate ape pn.. beliau sgt mgutamakan kebajikan pekerja.. beliau jujur dan tidak sombung, boleh makan kat kantin duduk semeja dgn staf yg bekerja di line prod.. trharu sy bila kenagkn semua tu.. semoga dato'sri dirhmati allah di atas js yg diberikn pd kami..

Guerrero said...

betul tu,,

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung