Nuffnang
Sunday, June 10, 2012
Berita Hot !!! Anwar , saya no hal !! nak dedahkan akaun tapi..depa berani ke nak Dedah Akaun ?
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.
Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit. Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya hari ini. Anwar mengulas gesaan Muhyiddin hari ini yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.Malaysia Kini.
.Petikan dari Blog Mohd Sayuti Omar...........................................
Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan................
Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin. Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar.
Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini. Anwar Ibrahim: Ketawa. Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini.
Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentleman dia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur. Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini.
Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan. Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
2 comments:
ad berani ka bro
tngu ank yassin bg ulasn kt masjid negara.....
Post a Comment