Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Awas Semua : Angin Politik Sabah Bakal melanda Semenanjung


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan angin perubahan yang bermula di Sabah menjadi titik tolak kepada perubahan di Semenanjung dengan penyertaan pemimpin-pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat. 

Justeru, DPPM mengalu-alukan Ahli Parlimen Beaufort yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar dari Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“DPPM menganggap kedua-dua ahli parlimen terbabit merupakan mereka yang berani dan tegas dalam mempertahankan prinsip,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, meskipun dengan penghijrahan mereka menyebabkan mereka tidak menikmati kehidupan selesa sebagai pemimpin sebuah parti kerajaan seperti sebelum ini, namun atas tekad kedua-duanya untuk melakukan perubahan mereka meninggalkan segala bentuk habuan yang diterima beliau.

Katanya, penghijrahan Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing menjadi bukti bahawa BN bukan lagi parti yang boleh diharap bagi membantu dan membela rakyat.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata dasar perjuangan BN sudah jauh tersasar daripada matlamat perjuangan mereka terdahulu.

Hari ini, ujarnya pemimpin yang benar-benar berprinsip merasa sukar untuk hidup di bawah payung BN kerana pemimpinnya hanya meletakkan kepentingan untuk diri mereka dan keluarga mereka, bukan untuk rakyat.

Rakyat juga, tambah beliau melihat BN sudah terlalu lama memerintah sehingga segala kepincangan dan penyelewengan terserlah serta sukar disembunyikan lagi.

Beliau menambah, rakyat pula kini mula menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti masa depan yang bakal memimpin negara.

“Sejak akhir-akhir ini juga didapati ramai tokoh pelbagai latar belakang menyertai Pakatan Rakyat.

“Mereka terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai tinggi polis dan tentera, selebriti, serta ahli-ahli politik,” ujarnya.

Ini, kata Riduan menunjukkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada BN dan menunggu masa untuk menghukum BN yang dilihat sudah sampai masa untuk rebah.

Tambahnya, tidak mustahil, selepas ini lebih ramai pemimpin BN dari pelbagai parti khususnya dari Sabah dan Sarawak akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Malaysia perlu diselamatkan dari kemusnahan dengan masing-masing pihak yang mempunyai kesedaran perlu bingkas berusaha bersama-sama membina dan membangunkan sebuah Malaysia baru yang lebih adil, aman dan sejahtera,” ujarnya lagi.
Harakahdaily

5 comments:

Penulis Rindu said...

SEMOGA PIHAK PR..BEKERJA LEBIH KUAT LAGI

Penulis Rindu said...

SEMOGA PIHAK PR..BEKERJA LEBIH KUAT LAGI

uncle said...

tahniah buat Datuk Seri Lajim Ukim..harap angin bertiup bukan sepoi bahasa..bahkan kencang hingga ke Perlis

Anonymous said...

Harap bukan orang kafir yang perintah negara aku...

Rojak said...

Yeahh! jangan bergantung kepada kelemahan lawan, tapi saf kita perlu diperkuatkan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung