Nuffnang

Friday, July 20, 2012

Debat Terpanas [Hot] : Fathul Bari: Tolak pemimpin politik 'ala syaitan'



Fathul Bari Mat Jahaya berhujah pada Debat Sinar Harian, yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, hari ini.


SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain. Tak patut kata begitu..



“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi.

Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial.

“Orang muda bertanggungjawab mengubah struktur politik negara pada masa kini, jadi mereka perlu bijak menganalisis maklumat yang mereka peroleh bukan percaya bulat-bulat maklumat yang belum dipastikan sama ada dari fakta yang betul atau salah,” katanya.

“Apabila mereka suka guna medium itu untuk dapatkan maklumat, tidak menganalisis maklumat yang diperoleh, itu juga akan mencetuskan fitnah terhadap pihak lain dan budaya fitnah ini adalah jelas dilarang dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, golongan muda perlu membenci budaya politik yang mengajak masyarakat membenci pihak lain.

“Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,” katanya. Sinar


Ulasan : semalam aku lihat secara Live Ustaz Nasaruddin Tantawi memang hebat..tahniah.. ustaz  sorang lagi tak pe ..ambil pengalaman



11 comments:

Penulis Rindu said...

semalam aku lihat Ustaz Nasaruddin memang hebat

Anonymous said...

kedua-duanya hebat. cuma yang banyak membezakan antara kedua ustaz tu, ustaz fathul bari berdebat bnyk menggunakan ayat al-Quran dan hadith nabi, dan lebih kepada mengajak umno dan pas mengakui kelemahan masing-masing dan bersatu atas nama Islam. tapi ustaz nasaruddin lebih menggunakan logik akal, dan lebih kepada membuat pertuduhan dan provokasi kepada UMNO.

Boleh amek contoh pasal demonstrasi jalanan. Ustaz Fathul Bari mengeluarkan hadith nabi mengenai hak-hak jalan, tapi Ustaz Nasaruddin boleh mempersoalkan hadith nabi dan bertanya balik bagaimana pula dengan hak rakyat? nak tolak hadith nabi dengan logik demokrasi?

Alhamdulillah, debat semalam membuktikan siapa lebih cenderung kepada memartabatkan Islam dan siapa lebih cenderung 'mempergunakan' Islam untuk ke putrajaya.

Anonymous said...

Jelas dah, UMNO berjuang untuk memartabatkan Islam, tapi pas berjuang untuk memartabatkan demokrasi.

Anonymous said...

berdasarkan debat semalam, boleh ke kita katakan UMNO pejuang Islam, Pas pejuang demokrasi? sbb Ust Fathul Bari berhujah bersandarkan ayat al-Quran dan Hadith tapi Ust Nasaruddin berhujah bersandarkan logik demokrasi

Anonymous said...

apa apapun, tahniah kepada kedua pendebat semalam. walaupun sorang pejuang Islam, dan sorang lagi pejuang demokrasi, debat semalam memang best.

Penulis Rindu said...

tapi ..kenapa UMNO suka konsert dan k pop untuk meramaikan orang..

Penulis Rindu said...

banyak yang tak dapat di jawap oleh Ustaz fatul bari semalam...siapa yang tubuh kasino di Genting dan beri tanah di sana..

Anonymous said...

utz nasrudin memang hebat dalam memberikan hujah, fakta dan dalil yang dikemukakan memang tepat, jelas dan mantap berbanding dengan utz fathul bari yang memang manggunakan nas Alquran tetapi banyak soalan yang di lontarkan tidak dijawab dengan jelas dan berfakta. malah dilihat beremosi dan melencong daripada soalan yang dikemukankan moderetor. anak muda sokong utz Nasrudin...takbir.

Anonymous said...

tapi kenapa pas suka pada konsert bertam nite dan k pop MTV selangor untuk meramaikan orang? ke ini yang dipanggil negara berkebajikan?

Anonymous said...

memang ust fathul byk guna hadis dan quran..tapi,ianya digunakan adalah untuk menghalalkan fitnah2 yang kononnya fakta dari utusan meloya dan 3 suku tu..dia hanya bercakap dari sumber2 yang semua orang dah tak pakai lagi..yang diakui penyebar fitnah..malang sungguh ustaz fathul ni..dia ingat dia banyak guna hadis dan quran,orang akan fikir dia lebih islamik dari ustaz nasaruddin..? lebih perjuangkan islam..? sebaliknya dgn ustaz nasaruddin, dia kurang kemukakan hadis dan quran kerana fakta2 yang ada sudah memadai untuk menguatkan hujah2nya..tak bermakna dia tidak islamik kerana tidak atau kurang gunakan hadis dan quran..ini kerana dia tak mahu memperalatkan hadis dan quran untuk tujuan mengangkat diri sebagai pejuang yg islamik..malah masa yg terhad ,elok dia ketengahkan fakta2 dan kebenaran untuk renungan dan nilaian penonton..
dari segi penyampaian juga,ustaz fathul kelihatannya agak emosi berbanding ustaz nasaruddin..aku yakin rakyat dah bijak menilai..bagi aku,aku tak heran sgt dgn orang2 yang bijak keluarkan hadis dan quran tapi masih bergelumang dgn umno yang mendokong dan mengkayakan rosmah,rasuah, fitnah sesuka hati,mangaibkan orang dan banyak lagi..apa yang aku takut ialah,perbuatan si fathul ni guna hadis dan quran semata-mata pertahan penyelewengan umno,akan mencemar kesucian hadis dan quran dan meletakkannya pada kedudukan yang rendah..masya Allah..

Anonymous said...

keh! keh! fakta ke auta? ust nasrudin kantoi menipu bila cakap karpal singh menyatakan sanggup berbincang pasal hudud. kan dah kene marah dengan karpal. kalau orang pas kurang ilmu agama, tak pandai guna ayat al-Quran dan hadith nabi, janganlah tuduh orang lain macam-macam. akui kelemahan diri dan perbetulkan.

aku tak nak lah sokong orang yang tolak hadis nabi, dengan alasan memperjuangkan demokrasi. ni semua berkat gugurkan negara Islam lah ust nasrudin jadi macam ni.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung