Nuffnang

Sunday, July 29, 2012

Terkini !!! Terhot : Datuk Lajim Ukin Letak Jawatan semasa PM Hj Najib ..tengah Popular di Twitter dan FB kenapa ye..? fikir2 kan lah

Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
    
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
  baca lagi 

NONE"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau. 
    
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
    
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
    
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

- Bernama


Terkini! Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini...Difahamkan bersama beliau termasuk 27 ahli jawatankuasa bahagian itu telah mengumumkan melepaskan jawatan .Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat.



6 comments:

Penulis Rindu said...

macam mana ye..Pm tengah top pun ada pemimpin UMNO letak jawatan

thomas said...

Dunia sedang berubah,takkan kita hendak tinggal di belakang.

lie_gj said...

Mamposss Umno...

Unknown said...

jgn lompat baliklaa..jadi katak x bertauliah..hehe..Apa Khabar Org kg tolong promote blog ambe sekali..budak baru dalam dunia blog..terima kaseh..www.kakisembang.com

khairul akmal bin azman said...

nak dekat pilhanraya
lompat2 la...

jgn tersadung da.

Anonymous said...

sebagai org kampung DSPL pandai2lah kamu mau pilih...mau maju atau mundur..setahu sa...skg kg kita bfot cukup maju sdh...kenapa perlu mau ikut partti yg belum tentu memajukan..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung