Nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Terbaikkk !!! : Bajet 2013 Pakatan Rakyat janji mansuh PTPTN



SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.



Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.
PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi. [ Sinar Harian ]

6 comments:

Penulis Rindu said...

semoga berjaya

Munirah Izzan said...

hurm,,,... no komen.. :p

Anonymous said...

Jahanam la minda rakyat malaysia....Belajar kat U free pastu xde tekanan...kalo gagal xde hal sebab xyah bayar pape....kalo janji mansuhkan caj 1% aku setuju...pemenda ntah janji....

Ngah Phg asal Melaka said...

kita nak kerajaan yg baik dan bijak utk kebaikan rakyat..jgn derakan rakyat

Anonymous said...

pasai itu pengambilan kemasukan u benar2 berkelayakan, ada setengahnya main sumbat sebab ikut pintu belakang

Carl Jacka said...

pasai itu pengambilan kemasukan u benar2 berkelayakan, ada setengahnya main sumbat sebab ikut pintu belakang

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung