Nuffnang

Sunday, January 27, 2013

Gempar !!! Pesuruhjaya Pas Perlis: Porsche Cayman milik anak saya


Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakyat


Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Beliau yakin isu itu timbul kerana pihak terbabit sudah tidak mempunyai modal politik lain untuk menyerangnya menjelang saat-saat akhir menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

Hashim berkata, perkara itu diperkatakan selepas beberapa blog mendedahkan beliau memiliki kereta berkenaan.


“Ini adalah tindakan individu tertentu sengaja menimbulkan isu pembelian kereta mewah Porsche Cayman bagi memburukkan nama saya selaku pemimpin tertinggi Pas di Perlis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Hashim, yang juga Adun Sanglang tidak gusar kerana isu berkenaan sama sekali tidak akan menggugat kepercayaan dan sokongan kuat ahli Pas terhadapnya kerana mereka lebih mengenali kehidupannya yang sebenar.
“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.
“Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan kereta itu.

“Saya sendiri tidak pernah memandu kereta berkenaan namun beberapa kali menaikinya ketika dipandu anak dari pejabat saya ke rumahnya di Kangar. Lagipun ramai wakil rakyat lain menggunakan AP diperuntukkan untuk tujuan membeli kereta.

“Tindakan orang yang cuba menyebarkan cerita tidak benar dan berbaur fitnah di laman blog membuatkan saya bertambah kuat serta semangat untuk berusaha lebih gigih meraih sokongan ahli,” katanya.

Hashim berkata, sepanjang penglibatan kariernya dalam politik, satu penggal menjadi ahli parlimen serta tiga penggal sebagai adun, namun lebih selesa hidup secara sederhana.
“Kenderaan utama saya untuk bekerja serta menjalankan aktiviti harian ialah kereta Proton Saga dan Kia Optima. Saya tidak memilih menggunakan kereta mewah seperti dakwaan pihak terbabit,” katanya.
Isu berkenaan mula tersebar di laman blog apabila ada pihak mengesahkan dua saman perangkap had laju menggunakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) terhadap Porsche Cayman didakwa menggunakan kad pengenalan pemimpin Pas itu.
Susulan itu, banyak pihak mula membangkitkan isu berkenaan dengan mendakwa wakil rakyat Pas itu sudah mampu memiliki kereta mewah. dapatkan Berita tErkini Di Apa Khabar orang Kampung.. klik je

5 comments:

Penulis Rindu said...

ok juga orang PAs ni..berniaga

Anonymous said...

orang PAS memang ramai yg niaga...nk masuk kerajaan kena pakai KABEL....jadi berniaga je lah....

Anonymous said...

Harga kereta luar negara + AP = tidak begitu mahal. Contohnya, kawan saya belajar di UK beli BMW=RM44,000 + AP=RM45,000 , jumlah semua RM89,000. Tiba di Malaysia ada yang sanggup membeli dgn harga lebih drp RM200,000. Jadi tindakan Hj Hashim tidak salah kerana dia tidak mengambil sebarang keuntungan. Yng menjadi mslh ialah apbila adapihak yg membolot AP terutama kroni-kroni UMPORNO. 1 AP boleh untung RM100,000, kalau 10 AP sudah jadi jutawan. Sebenarnya kita rakyat Malaysia mampu membeli kereta yng berkualiti pada harga yg munasabah. Sbb itu byk golongan UMFu@#*no mampu membelinya, lepas tu mereka serah pd balaci buat bisnes utk menjana keuntungan. AP adalah hak milik semua rakyat Malaysia. Kalau nak pakai kereta yg berkualiti sila bangun tuntut hak kamu sebagai rakyat Malaysia... humbankan Brengsek Negara (BN)

Penulis Rindu said...

Oooo..macam tu ka..baru tau..sbb tu org amano kaya raya

pyantrl said...

bangga .....jangan ingat org umnoje yang mampu beli keta tu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung