Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
"Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."
Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.
Beliau semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.
Menurut Rafizi, Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam. Malaysiakini
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Faridah (kanan) tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian suaminya yang juga OKU dipukul orang ramai. - Foto NSTP/Rosli Ilham CHUKAI...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam buat semua.. Hari Nie penulis memaparkan kedai minyak petrol , guna jenama Buraq Oil..dulu kedai ni kedai caltex...untuk makluman tua...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
1 comment:
kita tunggu penjelasan SPR..
Post a Comment