Nuffnang

Monday, May 27, 2013

Gempar!! Mahyudin Terkedu dalam Kritikal [ politik ] , selepas Kenyataan Mahadir ..Sila Baca


KUALA LUMPUR: Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.

Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

“Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.

“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord. 

"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan.malaysiakini


Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

2 comments:

Anonymous said...

kesian baru nak berangan..dah..mahadir kata lagu tu pulak

suahati said...

memang betul pun pendapat mahathir itu kerana, beliau berharap dan mahu anaknya mukriz yg bakal mengganti najib satu hari nanti........

InsyaaAllah selepas ini Mukriz yg kini berjaya diletakkanya sebagai MB kedah akan mara dalam MT UMNO dan seterusnya melayakkanya menduduki kerusi tempat Muhyidin dan seterusnya akan mengambil tempat Najib kelak.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung