Beliau juga berkata, berdasarkan teguran itu, beliau kini mengambil inisiatif untuk "membelanjakan" wang kerajaan negeri Selangor yang telah disimpan sebelum ini.


"Tuan-tuan kata saya sangat kedekut. Itu bukan duit saya. Tapi saya terima... Saya terima konsep itu. Saya kena belanjakan duit itu lebih baik lagi. Buat apa simpan duit begitu banyak.

"Jadi saya ingin memulakan supaya kawasan perkampungan di desa akan dibangunkan melalui beberapa usaha supaya pendapatan mereka dalam masa tiga tahun akan datang akan bertambah," katanya dalam ucapan pergulungan Kongres Nasional Keadilan kali ke-9 di Petaling Jaya hari ini.

Kerajaan negeri bawah pimpinan PKR telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.

Selain itu, Khalid yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau juga akan melakukan lagi beberapa pembangunan bagi menyalurkan duit yang telah disimpan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, selain "mengeluarkan" duit, Khalid juga akan turut mencari jalan lain bagi menambahkan dana kerajaan negeri.

"Perjuangan parti Keadilan adalah kurangkan jurang mereka yang berada dan tidak berada. Kalau tak boleh selesaikan perkara ini kita tak boleh tunjukkan pada rakyat bagaimana untuk membangunkan negara.

"Duit itu akan dijaga dengan baik dan boleh dilihat di mana ia akan digunakan. Selain tingkatkan pengeluaran duit, kita juga akan tingkatkan lagi simpanan negeri dengan mencari mereka yang menyalahgunakan duit supaya duit itu dapat dimasukkan dalam dana negeri.

"Dari masa ke semasa saya akan beritahu bagaimana nak lakukan dan apa yang telah dilakukan," katanya lagi.


Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI