Nuffnang

Friday, May 24, 2013

Waw !! Pengarah Tabung Haji di tuduh berkhalwat Dengan Staf Wanita ..


Rozimin Ahamed Kamil,46, dibawa lari dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya Balik Pulau selepas tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat . - Foto Bernama

BALIK PULAU - Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed  Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.

Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.


Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
  
Pengarah Tabung Haji mengaku tidak bersalah tuduhan khalwat
Nor Hamiza dibawa keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya selepas tidak mengaku salah berkhalwat dengan Rozimin Ahamed di sini hari ini. - Foto Bernama

Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.  - Bernama
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

3 comments:

Penulis Rindu said...

Masyaalh betul ka NIH..

Anonymous said...

Great goods fгom you, mаn. I've understand your stuff previous to and you'гe just еxtremelу
fantаstiс. I rеallу like what yοu hаvе acquired heгe, cегtainly like ωhat yоu are statіng anԁ thе way in which you ѕay it.

You make it entertаіning аnd you still takе caге of
to keep it ωise. I cаn not ωaіt to read
much more from yοu. Thiѕ іs rеally а wοnԁerful websіte.



Hеrе is my weblog :: porte Serviette

suri solehah said...

Ini mesti haji n hajjah dah sbb depa senang nk p mekah..kalau betul lah..sungguh memalukan..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung